Flavonoid adalah sejenis metabolit sekunder tumbuhan yang berpolifenol,[1] malah ia merupakan sebatianpolifenolik paling banyak didapati pada kelas tumbuhan ini.[1][2] Ia berperanan utama dalam pelbagai fungsi tumbuhan seperti mengatur tumbesaran sel, menghasilkan pigmen bunga menarik perhatian hidupan hinggap mensenyawa, melawan ancaman jangkitan mikrobial[1] serta mengikat nitrogen tanah.
Sebatian flavonoid umumnya mempunyai struktur rerangka 15 zarah karbon membentuk dua cincin fenil (A dan B) dan suatu cincin heterosiklus (C) beroksigen[1][3] yang boleh diringkaskan kepada C6-C3-C6.