"Gangnam Style" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh PSY | ||||
daripada album PSY's Best 6th Part 1 | ||||
Dilancarkan pada | 15 Julai 2012 | |||
Format | Single CD, muat turun digital | |||
Genre | Hip house, electro house, Hip hop, K-Pop | |||
Panjang | 3:39 | |||
Syarikat | YG, Universal Republic | |||
Penulis | Yoo Gun-hyung, PSY | |||
Kronologi single PSY | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Gangnam Style" | |
---|---|
Hangul | 강남스타일 |
Hanja | 江南스타일 |
Perumian Semakan | Gangnamseutail |
McCune–Reischauer | Kangnamsŭt‘ail |
"Gangnam Style" (Korea: 강남스타일 , IPA: [kaŋnam sɯtʰail]) ialah sebuah lagu pop Korea 2012 yang didendangkan oleh rapper dari Korea Selatan, PSY. Lagu ini dipuji kerana lawaknya, iramanya yang menarik[1] serta tarian PSY yang lain daripada yang lain. Lagu ini diterbitkan pada 15 Julai 2012, apabila ia menduduki tangga teratas Carta Gaon.[2] Video muziknya telah ditonton lebih 884 juta kali setakat 4 Disember 2012[kemas kini],[3] menjadikannya video K-pop yang paling banyak ditonton di YouTube.
"Gangnam Style" merupakan ungkapan kata basahan dalam bahasa Korea yang memaksudkan gaya hidup serba mewah yang dikaitkan dengan daerah Gangnam,[4] sebuah kawasan kaya-raya di Seoul,[5] di mana masyarakatnya serba trendy, hip dan mempamerkan "kelas" yang tertentu. Istilah ini disenaraikan dalam senarai kosa kata mingguan majalah Time sebagai "kelakuan yang dikaitkan dengan gaya hidup yang serba mewah di daerah Gangnam, Seoul".[6] Dalam temubual bersama CNN, PSY membandingkan Gangnam dengan Beverly Hills, California.[7]
"Gangnam ialah sebuah wilayah di Seoul, Korea. Saya menyifatkannya sebagai berbudi bahasa pada waktu siang, tetapi bertukar liar pada waktu malam. Saya membandingkan kaum wanita dengan wilayah ini — berbudi bahasa pada waktu siang, berkelakuan liar pada waktu malam — jadi menurut seni katanya, sayalah lelaki yang sesuai untuk wanita sedemikian," kata Psy.[8]
Lagu ini adalah mengenai "teman wanita terbaik yang tahu bila hendak beradab sopan dan bila hendak berkelakuan liar."[9] Baris ulang lagu ini, "오빤 강남 스타일 (Oppan Gangnam seutail)" diterjemahkan sebagai "Abang Gangnam Style", iaitu diri Psy sendiri;[10][11]"oppa" merupakan perkataan dalam bahasa Korea yang digunakan oleh kaum perempuan untuk memanggil abang atau teman lelaki yang lebih tua daripada mereka.[12]
Lagu ini merupakan satira ke atas budaya penggunaan lagak di Korea Selatan; satira ini agak berlainan dalam muzik Korea Selatan, terutamanya genra K-Pop yang terkenal dengan pop bubblegumnya.[13] South Korea mencatat takat peggunaan lagak yang agak tinggi. Hutang kad kredit negara ini mencapai 155% pendapatan boleh gunanya, dan hutang sedemikian digalakkan oleh kerajaan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi. Salah satu contoh penggunaan lagak yang paling ketara ialah kopi yang mahal. Kaum wanita yang dikenali sebagai Doenjangnyeo membelanjakan duit yang banyak untuk membeli kopi yang mahal sambil berpuas hati dengan hidangan ramen yang murah. Oleh itulah, Psy menyoroti amalan minum kopi dalam lagunya ini.[13]
Seni katanya ditulis oleh PSY, muziknya digubah oleh Psy dan Yoo Gun-hyung, dan disusun oleh Yoo Gun-hyung, iaitu seorang penerbit muzik terkenal di Korea Selatan yang pernah bekerja bersama Psy sebelum ini. Dalam bidang K-Pop, tidak ramai artis yang menulis lagunya sendiri atau mengkoreograf video sendirinya seperti Psy.[13]
Video muzik "Gangnam Style" memaparkan Psy yang membuat tarian ala menunggang kuda yang lucu di lokasi-lokasi yang tidak disangka-sangka di sekitar Daerah Gangnam, seperti kelas yoga luar bangunan dan takung mandi panas. Ia menampilkan "persendaan kepada imej Gangnam" oleh "Psy yang bukan orang Gangnam"; lawak ini pasti difahami oleh sesiapa yang mengenali budaya Korea.[14]
Dalam K-Pop, adalah satu kebiasaan untuk menampilkan selebriti undangan dalam video muzik, seperti babak tarian dalam lif dan tempat letak kereta.[13] Antara mereka yang muncul dalam video ini ialah:
Video muzik ini menunjukkan Psy menari di pelbagai lokasi di Gangnam.[15] Walaupun ditampilkannya sepuluh lebih lokasi, namun hanya dua babak yang betul-betul dirakam di daerah Gangnam. Babak sauna, lif, bilik mandi dan lain-lain dirakam di tempat-tempat lain seperti Wilayah Gyeonggi atau Incheon.[19] Psy kelihatan telah mengunjungi semua lambang stereotaip kekayaan di Korea Selatan sebelum kamera itu menunjukkan bahawa beliau berada di suatu tempat yang tidak berapa istimewa; contohnya, yang kelihatan sebagai pantai mewah sebenarnya kotak pasir di padang main.[13]
Apabila "Gangnam Style" mula-mula dikeluarkan pada 15 Julai 2012, ia hanya dikenali oleh peminat K-Pop, khususnya yang meminati keluaran label rakaman Psy, iaitu agensi pengurusan YG Entertainment. PSY memberitahu Agensi Berita Yonhap bahawa beliau pada asalnya "tidak membuat videonya ini untuk tontonan luar negara...Selama ini, video ini untuk peminat tempatan."[10] Walau apapun, para peminat K-Pop terus mengeposkan video tersebut di rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter dan tidak lama kemudian, ia mencuri perhatian para pengguna Internet yang bukan peminat K-Pop. Dalam masa yang singkat, para selebriti antarabangsa turut mengongsikan video ini bersama peminat-peminat mereka.
Kira-kira sebulan selepas keluarannya, pada 17 Ogos, "Gangnam Style" menduduki kedudukan teratas di rancangan TV muzik Korea, Music Bank[20] di KBS 2TV.
Pada awal Ogos 2012, media antarabangsa mula memberikan perhatian kepada "Gangnam Style", maka lagu ini menjadi lagu sukaramai seluruh dunia. Pada 4 Ogos, wartawan Deborah Netburn untuk The Los Angeles Times menulis bahwa "Gangnam Style" "tidak boleh dihalang" dan sedang "menakluki dunia".[9] Pada minggu terakhir Ogos, Billboard Magazine melaporkan bahawa PSY naik lapan tangga di carta mingguan Billboard Social 50 untuk membolot tangga teratas selama tiga minggu.[21] Pada 15 September, "Gangnam Style" menjadi lagu K-pop pertama yang menduduki tangga #1 di carta iTunes.[22] Pada 17 September, lagu ini dicalonkan untuk anugerah Video Terbaik di 2012 MTV Europe Music Awards yang bakal diadakan di Frankfurt, Jerman.[23]
a manner associated with lavish lifestyles in Seoul’s Gangnam district.
Cari Gangnam Style dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |