F-111 Aardvark
F-111C dengan sayapnya dikembangkan.
Peranan Pesawat penyerang
Pengeluar General Dynamics
Penerbangan sulung 21 Disember 1964
Diperkenalkan 18 Julai 1967
Dihentikan 1998 (Tentera Udara Amerika Syarikat)
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Jumlah dibina 554
Kos seunit AS$ 9.8 juta (FB-111A)[1]
Kelainan EF-111A Raven
F-111 Aardvark

General Dynamics F-111 merupakan sebuah penyerang taktikal jarak sederhana yang juga berperanan sebagai sebuah pesawat pengebom strategik, pengawasan dan peperangan elektronik. Dibangunkan pada 1960-an dan mula berkhidmat buat pertama kalinya pada 1967. Penggunaannya dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Amerika Syarikat secara rasminya telah dihentikan pada 1998. Satu-satunya pengguna pesawat F-111 pada hari ini adalah Tentera Udara Diraja Australia.

Sejarah

Pesawat ini mulanya dipanggil TFX (Tactical Fighter X), dan dibuat untuk memenuhi keperluan pejuang-pengebom baru untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Dalam tahun 1960, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menggabungkan keperluan Tentera Udara Amerika Syarikat dengan keperluan pesawat pejuang baru untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Satu pertandingan diadakan di antara pengeluar kapal terbang. General Dynamics akhirnya muncul sebagai pemenang pertandingan.

Penerbangan sulung pesawat F-111A berlangsung dalam bulan Disember 1964 dan pesawat mula dihantar kepada Tentera Udara A.S dalam tahun 1967 tetapi program F-111B untuk Tentera Laut A.S dibatalkan. Kesemua sekali, 566 buah kapal terbang F-111 dibina, dengan 159 buah dalam versi F-111A. Pesawat F-111 terlibat dalam Perang Vietnam semasa berkhidmat dengan Kumpulan 474TFW menjalankan Operasi Linebacker II.

Kelainan

EF-111A Raven

Rencana utama: General Dynamics/Grumman EF-111A Raven

Bagi mengantikan pesawat Douglas EB-66 yang telah usang, Tentera Udara AS menganugerahkan kontrak kepada firma Grumman pada tahun 1972 untuk mengubahsuai 42 buah F-111A sedia ada kepada pesawat peperangan elektronik. EF-111A boleh dibezakan dengan F-111A dengan satu bongkokan peralatan di atas ekornya. Pada bulan Mei 1998, Tentera Udara AS menarik keluar pesawat EF-111A daripada perkhidmatannya, dan meyimpannya di Kumpulan Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa (AMARC) di Pangkalan Tentera Udara Davis–Monthan.[2]

Spesifikasi (F-111F)

An orthographically projected diagram of the F-111.
An orthographically projected diagram of the F-111.

Data dari Miller,[3] Quest for Performance[4]

Ciri umum

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

  1. ^ Knaack, Marcelle Size. Encyclopedia of US Air Force Aircraft and Missile Systems: Volume 1 Post-World War II Fighters 1945-1973. Washington, DC: Office of Air Force History, 1978. ISBN 0-912799-59-5.
  2. ^ Baugher, Joe. "Grumman EF-111A Raven." USAAC/USAAF/USAF Fighters, 20 December 1999. Retrieved: 5 October 2009.
  3. ^ Miller 1982, pp. 32-38, 66.
  4. ^ Loftin, LK, Jr. Quest for performance: The evolution of modern aircraft. NASA SP-468, NASA, 6 August 2004. Retrieved 22 April 2006.

Pautan luar