Susu getah dikutip dari pokok getah yang ditoreh

Getah merupakan sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil dari koloid (dikenali sebagai susu getah atau lateks) dalam sap beberapa jenis pokok, antaranya adalah pokok Getah. Terdapat juga getah tiruan yang dihasilkan secara sintetik.

Mesin getah licin.
Mesin getah bunga.

Sejarah ringkas

[sunting | sunting sumber]

Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Sistem ladang

[sunting | sunting sumber]

Ladang dengan keluasan lebih 40 hektar dusahakan oleh majikan dari England, Perancis, Belanda dan Australia. Rumah pekerja dibina dan pekerja dibawa dari Sri Lanka dan India. British telah menjajah India sejak sekian lama.

Kebun kecil

[sunting | sunting sumber]

rubber mat

Bentuk

[sunting | sunting sumber]

Kepingan getah dijual kepada pembeli tempatan. Susu getah menjadi beku dengan mencampur asid formik, digelek dalam mesin penggelek. Kepingan getah yang diasap di rumah asap dijadikan getah asap keping berbunga .

Susu getah cair dipanggil lateks. Lateks dijual kepada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC), sebuah agensi kerajaan.

Agensi kerajaan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menggalakkan pekebun kecil membangunkan kebun secara kelompok. Bantuan penanaman semula diberikan. Kontraktor dilantik untuk membantu menanam getah di kawasan terbiar dan pokok getah tua.

Kegunaan

[sunting | sunting sumber]

Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.

Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geseran. Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar.

Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.

Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah.

Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah.

Masa depan

[sunting | sunting sumber]

Pada suatu masa, getah sintetik ataupun anjing kurap tiruan bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]