Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Gianluca Gaetano | ||
Tarikh lahir | 5 Mei 2000 | ||
Tempat lahir | Cimitile, Itali | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 70 | ||
Kerjaya remaja | |||
2005–2011 | ASD Future Boys di Cimitile | ||
2011–2019 | Napoli | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2019– | Napoli | 2 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015 | Itali B15 | 2 | (0) |
2015 | Itali B16 | 6 | (1) |
2016 | Itali B17 | 2 | (0) |
2018 | Itali B19 | 2 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Julai 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Julai 2019 |
Gianluca Gaetano (sebutan bahasa Itali: [dʒanˈluːka ɡaeˈtaːno]; lahir 5 Mei 2000) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pemain tengah menyerang untuk kelab Itali, Napoli. Beliau merupakan pemain lepasan akademi Napoli dan telah menyertai kelab itu sejak tahun 2011. Beliau merupakan pemain termuda dalam sejarah kelab yang pernah menandantangani kontrak profesional bersama Napoli iaitu semasa beliau berusia 16 tahun.
Gianluca Gaetano telah dilahirkan dan dibesarkan di Cimitile, Napoli. Beliau telah dilahirkan dalam keadaan keluarga yang aktif dalam sukan. Abangnya, Felice Gaetano merupakan pemain bola sepak yang juga pemain akademi Napoli. Beliau mempunyai dua orang sepupu iaitu Michele Peluso dan Felice Raiola yang juga merupakan pemain bola sepak.[1]
Sebagai seorang peminat setia Napoli, Gaetano menyertai kelab itu sejak berusia 11 tahun dan menyimpan impian untuk menjadi kapten pasukan Napoli suatu hari nanti.
Gaetano telah memulakan kariernya bersama kelab setempat, ASD Future Boys di Cimitile ketika beliau berusia lima tahun. Bahkan, beliau bermain bersama dengan abangnya, Felice di kelab tersebut. Pada tahun 2011, mereka berdua telah menyertai akademi Napoli.[2]
Semasa musim 2017–18, Gaetano telah menjaringkan 17 gol dan mencipta 14 hantaran kepada jaringan gol lain sepanjang kejohanan apabila beliau membentuk barisan serangan mantap bersama dengan rakan sepasukannya, Ciro Palmieri.
Ketika musim 2018–19, Gaetano telah menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan Liga Remaja UEFA apabila beliau beraksi menentang pasukan-pasukan terkemuka Eropah. Beliau menjaringkan gol sulungnya ketika menentang Liverpool yang berkesudahan seri 1–1. Beliau turut telah menjaringkan hatrik ketika menentang Red Star Belgrade yang menyaksikan Napoli menang 5-3.
Beliau telah menjadi kapten pasukannya dan berhasil menjaringkan 22 gol dan mencipta lapan hantaran kepada jaringan golnya dalam semua kejohanan. Prestasinya yang begitu menonjol telah membolehkan beliau untuk dipanggil oleh jurulatih skuad senior Napoli, Carlo Ancelotti dan diberi peluang untuk melakukan penampilan sulung untuk skuad senior.
Pada tahun 2016, Gaetano telah menjadi pemain termuda yang pernah menandantangani kontrak profesional bersama Napoli semasa beliau baru berusia 16 tahun.[3] Gaetano telah melakukan kemunculan sulungnya untuk Napoli ketika perlawanan Coppa Italia menentang Sassuolo pada 13 Januari 2019 yang berkesudahan Napoli menang 2–0.[4]
Pada 12 Mei 2019, beliau telah dipanggil oleh jurulatih Carlo Ancelotti untuk diberi peluang melakukan penampilan sulungnya di Serie A menentang S.P.A.L. Namun, ia disusuli oleh insiden neneknya, Gaetano telah diserang sakit jantung ketika dia meraikan pencapaian cucunya itu.[5][6]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Napoli | 2018–19 | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 |
2019–20 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
Jumlah | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | |
Jumlah kerjaya | 2 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 |