Profesor Dr Haim Hilman Abdullah Ph.D (UPM) | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan , Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Memegang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Jitra | |
Memegang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia ke-9 | |
Dalam jawatan 17 Januari 2022 – 18 Januari 2023 | |
Didahului oleh | Ahmad Bashawir Abdul Ghani |
Digantikan oleh | Mohd Fo’ad Sakdan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tanjung Malim, Perak | 4 Februari 1973
Parti politik | (2023-kini) |
Alma mater | Universiti Putra Malaysia (2005 - 2009) Universiti Portsmouth (1998-1999) UiTM (1991-1996) |
Profesor Dr Haim Hilman Abdullah ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia[1] pada Januari 2022 hingga Januari 2023.
Haim Hilman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Selisek, Hulu Selangor dan Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjung Malim sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma UiTM dan kemudian ke Universiti Portsmouth United Kingdom pada 1996[2].
Beliau telah memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom. Beliau turut memperoleh ijazah kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia[1].
Haim Hilman telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia berkuat kuasa pada 17 Januari 2022. Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang telah berkhidmat selama tiga tahun[1]. Pada Disember 2022, Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan tempoh perkhidmatan beliau disingkatkan[3]. Menteri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemendekkan tempoh khidmat Haim Hilman disebabkan terdapat aduan membabitkannya[4].