![]() | |
Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan |
---|---|
Industri | Bekalan air, pengurusan sisa dan sanitasi |
Ditubuhkan | 2 April 1994[1] |
Ibu pejabat | No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting |
|
Pemilik | Menteri Kewangan Diperbadankan |
Bilangan kakitangan | 3,319 (2019)[1] |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Indah Water atau IWK) merupakan syarikat pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan Malaysia.[3] Ia merupakan syarikat berkaitan kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan cekap untuk Malaysia Barat.[3] Pengurusan dan operasi syarikat ini ditadbir sejajar dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar.[4]
Indah Water ditubuhkan pada 2 April 1994[1] selepas Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.[3] Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.[3][5]
Pada Jun 2000, sebagai testimoni seriusnya, Kerajaan telah memastikan sistem pembetungan yang teratur dan efisien dikendali dan diselenggarakan dengan jayanya. Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih semua ekuiti dalam Indah Water daripada pemilik persendirian terdahulu.[3]
Indah Water berkongsi kepakaran pengurusan air sisa dengan beberapa negara Asia di bawah Pelan Transformasi IWK 2020 (ITP2020) yang dimulakan pada tahun 2017. Rancangan ini akan memberi tumpuan kepada empat tonggak berbeza iaitu pembangunan modal insan, inovasi, automasi dan teknologi.[6]
Sehingga Februari 2019, Indah Water berkhidmat untuk lebih daripada 25 juta penduduk yang setara, mengendalikan dan menyelenggarakan lebih daripada 7,000 loji rawatan kumbahan dan sekitar 20,000 km saluran paip kumbahan bawah tanah.[7]
Indah Water melancarkan buku bertajuk Indah Water Memacu Negara pada Disember 2019, sempena ulang tahun penubuhannya ke-25.[8][9][10]
Pada 1 Januari 2021, Indah Water mengambil alih pembetungan Kelantan.[11]
Tahun | Badan pemberi anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2023 | Anugerah Air Global 2023 | Anugerah Cemerlang dalam Agensi Air Awam Tahun Ini | Indah Water | Menang | [12] |