Jelai Enjelai | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | Commelinids
|
Order: | |
Keluarga: | Poaceae
|
Genus: | Coix
|
Spesies: | lacryma-jobi
|
Sinonim[1] | |
|
Jelai[2] (Jawi: جلاي ) atau enjelai[3] (Jawi: انجلاي, nama saintifik: Coix lacryma-jobi) adalah sejenis tumbuhan saka tropika tinggi yang digolongkan dalam keluarga rumput Poaceae. Ia berasal dari Asia Tenggara[4] disebar luas ke utara tanah China dan India. sehingga ke kawasan-kawasan lembap dan tropika Dunia Baru. Di persekitaran asalnya ia ditanam di kawasan tanah tinggi di mana padi dan jagung tidak tumbuh dengan baik.
Terdapat dua kultivar yang dibezakan dari tumbuhan ini: kultivar liar yang berbiji keras dimanfaatkan untuk tujuan perhiasan dam kultivar tanaman yang mempunyai biji lebih lembut sehingga boleh dimakan.[5]
Sebanyak empat jenis diterima oleh Senarai Semak Dunia Keluarga Tumbuhan Terpilih setakat Februari 2015[kemas kini]:[6]
Pada zaman moden, biji-bijian jelai yang dieksport dari China sering disalah isytiharkan sebagai "barli"[7] ( Hordeum vulgare) meskipun jauh berbeza rumpun dari tumbuhan ini sehinggakan sering terjual dengan nama ini yang telah dilazimkan.
Jali merupakan pokok saka atau tahunan yang tumbuh merimbun. Ia berbatang tegak dan besar yang mampu menumbuh tinggi sehingga 1-3 m dengan akarnya bersifat serabut kasar yang sukar untuk dicabut.[5] Dedaunnya tumbuh bersilang tentang melapisi batang, setiap helai berbentuk tirus hujung runcing dan tepi rata dengan ukuran 8-100 sm panjang × 1.5-5 sm lebar.[5]
Bunganya keluar dari ketiak daun berbentuk bulir.[5] Buahnya keras bulat lonjong, pada varietas ma-yuen berwarna putih/biru-ungu, dan berkulit keras apabila sudah tua.[5]
Biji-biji baka jelai yang liar boleh digunakan sebagai manik hiasan kalung lagi-lagi dengan sifat biji-biji ini yang keras dan berongga boleh dimasukkan benang ke dalamnya.[8][5] Biji jelai keras boleh dijadikan buah tasbih[9][10] atau langsir.
Masyarakat pulau Borneo terutamanya dalam kalangan orang-orang Dayak Kelabit di Sarawak dan Kalimantan Utara, serta orang Dusun dan Murut di Sabah semuanya menggunakan manik tanaman sebagai hiasan.[11] Orang Kayan of Borneo menggunakan biji jelai untuk menghias pakaian adat dan pahlawan.[12]
Biji-biji jelas kultivar lembut dituai dan dimakan sebagai bijirin[13] boleh dimasak menjadi bubur dan makan seumpamanya.[14]
Biji-biji jelai turut dibuat menjadi minuman arak di Korea (sebagai okroju, Korea: 옥로주 玉露酒) dan China, bir jelai turut didapati di timur laut India serta beberapa bahagian lain di Asia Tenggara.[15]