Jodie Foster | |
---|---|
Kelahiran | Alicia Christian Foster 19 November 1962 |
Pusat pendidikan | Universiti Yale |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1968 - kini |
Pasangan | Alexandra Hedison (k. 2014) |
Rakan kongsi domestik | Cydney Bernard (1993–2008) |
Anak-anak | 2 |
"Jodie Foster" (lahir November 19, 1962)[1] ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik dari generasinya.[2][3]
Foster memulakan kariernya ketika berumur tiga tahun sebagai model kanak-kanak pada tahun 1968 dan dua tahun kemudian muncul dalam sitcom Mayberry R.F.D.. Foster mula terkenal selepas muncul dalam filem Martin Scorsese, Taxi Driver (1976) dimana beliau mendapat pencalonan Anugerah Akademi. Foster mendapat pujian meluas untuk lakonannya dalam The Accused (1988) dimana beliau memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Akademi dan Golden Globe. Beliau memenangi Anugerah Akademi keduanya dua tahun kemudian selepas membintangi The Silence of the Lambs sebagai Clarice Starling. Foster membuat penampilan pertamanya sebagai pengarah pada tahun yang sama menerusi Little Man Tate (1991) dan menubuhkan syarikat produksinya sendiri, Egg Pictures pada tahun 1992. Produksi pertama syarikat ini adalah Nell (1994) dimana beliau melakonkan watak utama serta mendapat satu lagi pencalonan Anugerah Akademi. Filem-filem beliau yang lain pada tahun 1990an termasuk Sommersby, Maverick (1994), Contact (1997) dan Anna and the King (1999).
Foster membintangi empat filem thriller, Panic Room (2002), Flightplan (2005), Inside Man (2006) dan The Brave One (2007). Beliau menumpukan peranan sebagai pengarah pada tahun 2010an, mengarah The Beaver (2011) dan Money Monster (2016) serta untuk episod-episod siri televisyen Netflix, Orange is the New Black dan House of Cards. Beliau juga membintangi Elysium (2013). Sebagai tambahan kepada dua Anugerah Akademi, Foster telah memenangi tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe, satu Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Cecil B DeMille.
Foster dilahirkan di Los Angeles pada 19 November 1962, anak perempuan kepada Evelyn Ella "Brandy" (née Almond) dan Lucius Fisher Foster III. Walaupun Foster secara rasminya bernama Alicia, adik beradik beliau memanggilnya "Jodie".[4] Foster fasih dalam Bahasa Perancis.[5][6] Beliau juga memahami Bahasa Itali[7] serta sedikit Bahasa Sepanyol[8] [9] dan Jerman.[10] Foster menghadiri Universiti Yale di New Haven, Connecticut.[11] Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1985.[12][13]
Karier Foster bermula dengan penampilan dalam sebuah iklan televisyen pada tahun 1965 ketika beliau berumur tiga tahun.[14] Pada tahun 1968, beliau membuat penampilan kecil dalam sitkom, Mayberry R.F.D..[15] Pada tahun-tahun berikutnya, beliau terus bekerja untuk iklan-iklan dan muncul dalam lebih lima puluh rancangan televisyen.[14] Walaupun kebanyakkan penampilan Foster dalam televisyen adalah sebagai peranan kecil, beliau mempunyai peranan berulang dalam The Courtship of Eddie's Father (1969–1971) dan Bob & Carol & Ted & Alice (1973) serta membintangi Paper Moon (1974).[14] Foster juga muncul dalam filem, kebanyakkannya untuk Disney.[14]
Penampilan filem pertama Foster adalah dalam filem televisyen, Menace on the Mountain (1970) disusuli dengan peranan besar dalam Napoleon and Samantha (1972). Filem-filem awalnya yang lain termasuk Kansas City Bomber (1972), One Little Indian (1973), Tom Sawyer (1973) dan Alice Doesn't Live Here Anymore (1974).[14]
Selepas peranan kecil dalam Alice, Martin Scorsese memilih beliau untuk watak seorang pelacur remaja dalam Taxi Driver (1976).[16] Ditayangkan pada bulan Februari, ia memenangi Palme d'Or di Festival Filem Cannes pada bulan Mei.[17] Taxi Driver mencapai kejayaan kritis dan komersial serta mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Beliau juga memenangi dua anugerah BAFTA, satu anugerah David di Donatello dan anugerah National Society of Film Critics. Foster juga mempunyai peranan dalam satu lagi filem yang dicalonkan untuk Palme d'Or pada tahun 1976, Bugsy Malone.[18] Filem ketiganya yang ditayangkan pada tahun 1976 merupakan Echoes of a Summer.[19]
Filem keempat Foster pada tahun 1976 adalah filem thriller Kanada-Perancis, The Little Girl Who Lives Down the Lane dimana beliau membintangi bersama Martin Sheen.[20] Beliau memenangi Anugerah Zuhal untuk lakonannya dalam filem ini.[21] Pada November 27, beliau mengacarakan Saturday Night Live. Filem terakhirnya pada tahun ini merupakan Freaky Friday.[22] Ia menerima ulasan positif[23] dan mencapai kejayaan box office.[24] Foster juga mendapat satu pencalonan Golden Globe untuk lakonannnya dalam filem ini.[25]
Foster menetap sembilan bulan di Perancis dimana beliau membintangi fr[11][26] Filem-filem lain yang ditayangkan pada tahun 1977 merupakan filem komedi Itali, Casotto (1977) dan filem Disney, Candleshoe (1977).[27] Selepas tayangan filem ini, Foster tidak muncul dalam mana-mana filem sehingga tahun 1980. Beliau mendapat pujian positif untuk lakonannya dalam Foxes (1980) dan Carny (1980).[28]
(1977) dan merekodkan beberapa lagu untuk runut bunyi.Sedar bahawa bintang kanak-kanak sering tidak dapat berjaya meneruskan kerjaya mereka ke alam dewasa, Foster menjadi seorang pelajar di Yale pada tahun 1980 dan kerjaya lakonannya mula perlahan untuk lima tahun berikutnya.[29][30] Beliau terus membuat filem semasa cuti musim panas[11] dan semasa tahun-tahun kolej, muncul dalam O'Hara's Wife (1982), Svengali (1983), The Hotel New Hampshire (1984), The Blood of Others (1984) dan Mesmerized (1986).[31] Tiada salah satu daripadanya yang mencapai kejayaan dan Foster bergelut untuk mencari kerja selepas menamatkan pengajian pada tahun 1985.[32] Beliau muncul dalam Siesta (1987) sebagai peranan sokongan.[33] Foster muncul dalam Five Corners (1987) dimana ia mencapai kejayaan kritis dan beliau memenangi Anugerah Independent Spirit.[34][35] Pada tahun 1988, Foster membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah dengan episod "Do Not Open This Box" siri antologi seram, Tales from the Darkside,[36] dan pada bulan Ogos muncul dalam Stealing Home (1988) bersama Mark Harmon.
Foster menerima pujian untuk lakonannya sebagai seorang mangsa rogol dalam The Accused, sebuah drama berdasarkan kes jenayah sebenar. Filem ini ditayangkan pada bulan Oktober 1988.[37] Walaupun The Accused menerima ulasan bercampur, lakonan Foster dipuji oleh pengkritik[38] dan beliau memenangi Anugerah Akademi, Golden Globe dan National Board of Review serta mendapat pencalonan Anugerah BAFTA.
Filem pertama Foster yang ditayangkan selepas kejayaan The Accused merupakan filem thriller, The Silence of the Lambs (1991). Beliau melakonkan watak pelatih FBI, Clarice Starling. Ditayangkan pada bulan Februari 1991, Silence of the Lambs menjadi salah satu filem terbesar pada tahun itu, mengutip hampir $273 juta.[39][40] Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi lakonan Foster menerima ulasan positif dan beliau memenangi Anugerah Akademi, Golden Globe dan BAFTA.[41] Kemudiannya pada tahun 1991, Foster juga membintangi filem thriller bajet rendah, Catchfire.[42] Pada bulan Oktober 1991, Foster mengeluarkan filem pertamanya sebagai seorang pengarah, Little Man Tate.[43] Penampilan filem terakhir Foster pada tahun ini adalah dalam Shadows and Fog (1991), diarahkan oleh Woody Allen.[11]
Pada tahun berikutnya, Foster menubuhkan syarikat produksi beliau sendiri, Egg Pictures, sebuah anak syarikat PolyGram Filmed Entertainment.[44] Beliau membintangi bersama Richard Gere dalam Sommersby (1993). Beliau kemudiannya menggantikan Meg Ryan dalam Maverick (1994).[45] Kedua-dua filem ini mencapai kejayaan box office, mengutip $140 dan $183 juta.[46][47] Projek pertama Foster untuk Egg Pictures, Nell ditayangkan pada bulan Disember 1994. Selain bertindak sebagai penerbit, beliau juga melakonkan watak utama.[48] Walaupun menerima ulasan negatif, Foster menerima Anugerah Screen Actors Guild dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi dan Golden Globe.
Filem kedua yang diarahkan oleh Foster merupakan Home for the Holidays (1995), dibintangi Holly Hunter dan Robert Downey Jr..[4][49] Pada tahun berikutnya, Foster menerima dua anugerah kehormat: Anugerah Kristal[50] dan Berlinale Camera di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-46.[51] Selepas Nell pada tahun 1994, Foster tidak berlakon dalam mana-mana projek sehingga tahun 1997 selain daripada menyuarakan karakter dalam episod-episod Frasier pada tahun 1996 dan The X-Files pada awal tahun 1997. Foster akhirnya kembali dalam Contact (1997), sebuah filem sains fiksyen berdasarkan novel oleh Carl Sagan. Filem ini mencapai kejayaan komersial[52] dan Foster memenangi Anugerah Zuhal serta mendapat pencalonan Golden Globe. Sebuah asteroid, 17744 Jodiefoster dinamakan sempena beliau pada tahun 1998.[53]
Projek Foster seterusnya adalah menerbitkan filem televisyen, The Baby Dance (1998) untuk Showtime.[54][55] Pada tahun 1998, beliau juga memindahkan syarikat produksinya dari PolyGram ke Paramount Pictures. Filem terakhir Foster pada tahun 1990an merupakan Anna and the King (1999) dimana beliau membintangi bersama Chow Yun-Fat. Foster dibayar $15 juta untuk melakonkan watak Leonowens.[15]
Projek pertama Foster pada dekad baru adalah Waking the Dead (2000) yang diterbitkan olehnya.[56] Beliau menolak untuk menyambung wataknya sebagai Clarice Starling dalam Hannibal (2001) dan menumpukan terhadap projek arahan baru, Flora Plum.[57] Filem ini dibintangi Claire Danes dan Russell Crowe tetapi terpaksa dihentikan selepas Crowe mengalami kecederaan di set dan tidak mampu untuk menyelesaikan penggambaran dalam masa yang ditetapkan; Foster gagal untuk menghidupkan semula projek ini beberapa kali dalam tahun-tahun berikutnya.[4][58][59] Foster menutup Egg Pictures pada tahun 2001.[4] Produksi terakhir syarikat ini, The Dangerous Lives of Altar Boys, ditayangkan di Festival Filem Sundance pada bulan Januari 2002. Ia menerima ulasan baik[60] dan ditayangkan secara terhad di teater pada musim panas.[61]
Selepas pembatalan Flora Plum, Foster mengambil peranan utama dalam filem thriller David Fincher, Panic Room.[62]
Selepas penampilan kecil dalam drama Perancis, A Very Long Engagement (2004), Foster membintangi tiga lagi filem thriller. Yang pertama adalah Flightplan (2005) dimana beliau melakonkan watak seorang wanita dimana anak perempuannya hilang ketika dalam penerbangan. Filem ini mencapai kejayaan box office[63] tetapi menerima ulasan negatif.[64][65] Ia disusuli dengan filem Spike Lee, Inside Man (2006), juga dibintangi Denzel Washington dan Clive Owen.[66][67][68] Filem thriller ketiga adalah The Brave One (2007).[69] Filem ini gagal mencapai kejayaan[70][71][72] tetapi Foster mendapat pencalonan Golden Globe keenamnya. Filem terakhir beliau pada dekad ini adalah Nim's Island (2008), juga dibintangi Gerard Butler dan Abigail Breslin. Pada tahun 2009, beliau menyuarakan watak Maggie dalam sebuah episod The Simpsons bertajuk "Four Great Women and a Manicure".[73]
Pada era 2010an, Foster lebih menumpukan terhadap arahan dan mengurangkan peranan lakonan.[74] Pada bulan Februari 2011, beliau mengacarakan Anugerah César ke-36 di Perancis dan pada bulan berikutnya mengeluarkan filem arahan ketiganya, The Beaver (2011).[75] Pada tahun 2011, Foster merupakan sebahagian daripada barisan pelakon bersama John C. Reilly, Kate Winslet dan Christoph Waltz dalam filem komedi, Carnage. Ia ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-68 pada bulan September 2011 dan menerima ulasan positif serta mendapatkan Foster pencalonan Anugerah Golden Globe.[76]
Pada bulan Januari 2013, Foster menerima Anugerah kehormat Cecil B. DeMille di Anugerah Golden Globe ke-70.[77] Peranan filem Foster seterusnya adalah sebagai Setiausaha Pertahanan, Delacourt dalam Elysium (2013).[78] Beliau juga kembali mengarah untuk televisyen buat pertama kali sejak era 1980an, mengarahkan episod "Lesbian Request Denied" (2013) dan "Thirsty Bird" (2014) untuk Orange Is the New Black dan episod "Chapter 22" (2014) untuk House of Cards.[79] Beliau mendapat pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk episod "Lesbian Request Denied" dan kedua-dua episod mendapatkan beliau dua pencalonan Anugerah Directors Guild of America.[80][81] Pada tahun 2014, beliau menyuarakan episod "Women in Space" untuk Makers: Women Who Make America. Pada tahun berikutnya, Foster menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Laura Ziskin di Festival Filem Athena[82] dan mengarahkan filem seterusnya, Money Monster yang dibintangi George Clooney dan Julia Roberts.[83]
Tahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1968–1970 | Mayberry R.F.D. | Fairy Kanak-kanak kecil |
Siri TV musim 1 episod 8: "The Church Play" musim 3 episod 5: "All for Charity" |
1969 | The Doris Day Show | Jenny Benson | Siri TV, musim 1: "The Baby Sitter" |
1969–1971 | The Courtship of Eddie's Father | Joey Kelly | Siri TV musim 1 episod 8: "Bully for You" musim 2 episod 2: "A Loaf of Bread, a Bar of Soap and a Jar of Peanut Butter" ,musim 2 episod 13: "Gifts Are For Giving" musim 2 episod 20: "The Lonely Weekend" musim 2 episod 21: "The Magic Mrs. Rickles" |
1969 | Julia | Cindy Blanchard | Siri TV, musim 2 episod 9: "Romeo and Julia" |
1969–1972 | Gunsmoke | Susan Sadler Patricia Marieanne |
Siri TV musim 15 episod 13: "The Roots of Fear" musim 17 episod 15: "P.S. Murry Christmas" musim 17 episod 20: "The Predators" |
1970 | Menace on the Mountain | Suellen McIver | Filem TV dalam 2 bahagian "The Wonderful World of Disney" |
1970 | Daniel Boone | Rachel | Siri TV, musim 6, episod 24: "Bringing Up Josh" |
1970 | Adam-12 | Mary Bennett | Siri TV, musim 3, episod 6: "Log 55 Missing Girl" |
1970 | Nanny and the Professor | Angela | Siri TV, musim 1 episod 4: "The Scientific Approach" |
1971 | My Three Sons | Priscilla Hobson | Siri TV, musim 11 |
1972 | Bonanza | Bluebird | Siri TV, musim 13, episod 24: "A Place to Hide" |
1972 | Ghost Story (Circle of Fear) | Judy | Siri TV, musim 1, episod 8: "House of Evil" |
1972 | The Paul Lynde Show | Maggie | Siri TV, musim 1 episod 5: "To Commune or Not to Commune" |
1972 | My Sister Hank | Henrietta "Hank" Bennett | Filem TV |
1972 | Napoleon and Samantha | Samantha | |
1972 | Kansas City Bomber | Rita | |
1972 | The Amazing Chan and the Chan Clan | Anne Chan (suara) | Siri TV |
1972 | Ironside | Pip Morrison | Siri TV, musim 5, episod 20, "Bubble, Bubble, Toil and Murder" |
1973 | Bob & Carol & Ted & Alice | Elizabeth Henderson | Siri TV |
1973 | Rookie of the Year | Sharon Lee | TV |
1973 | Alexander | Sue | TV |
1973 | The Partridge Family | Julie | Siri TV, musim 3 episod 18 "The Eleven Year Itch" |
1973 | Love Story | Ellie Madison | Siri TV, musim 1 episod 10 "The Youngest Lovers" |
1973 | Tom Sawyer | Becky Thatcher | |
1973 | Kung Fu | Alethea Patricia Ingram | Siri TV, musim 1, episod 11: "Alethea" |
1973 | The New Perry Mason | Hildy Haynes | Siri TV, musim 1, episod 6: "The Case of the Deadly Deeds" |
1973 | One Little Indian | Martha McIver | |
1973 | The Addams Family | Pugsley Addams (suara) | Siri TV |
1974 | Alice Doesn't Live Here Anymore | Audrey | |
1974 | Smile, Jenny, You're Dead (Harry O) | Liberty Cole | TV |
1974 | Paper Moon | Addie Loggins | Siri TV |
1975 | Medical Center | Ivy | Siri TV, musim 6, episod 17: "The Captives" |
1975 | The Secret Life of T.K. Dearing | T.K. Dearing | TV |
1976 | Taxi Driver | Iris "Easy" Steensma | |
1976 | Echoes of a Summer | Deirdre Striden | aka The Last Castle |
1976 | Bugsy Malone | Tallulah | |
1976 | The Little Girl Who Lives Down the Lane | Rynn Jacobs | |
1976 | Freaky Friday | Annabel Andrews/Ellen Andrews | |
1977 | Moi, fleur bleue | Isabelle Tristan (aka Fleur bleue) | aka Stop Calling Me Baby! |
1977 | Casotto | Teresina Fedeli | aka Beach House |
1977 | Candleshoe | Casey Brown | |
1980 | Foxes | Jeanie | |
1980 | Carny | Donna | |
1982 | O'Hara's Wife | Barbara O'Hara | |
1983 | Svengali | Zoe Alexander | |
1984 | The Hotel New Hampshire | Frannie Berry | |
1984 | The Blood of Others | Hélène Bertrand | aka Le Sang des autres |
1986 | Mesmerized | Victoria Thompson | aka My Letter to George |
1987 | Five Corners | Linda | |
1987 | Siesta | Nancy | |
1988 | Stealing Home | Katie Chandler | |
1988 | The Accused | Sarah Tobias | |
1990 | Catchfire | Anne Benton | aka Backtrack |
1991 | The Silence of the Lambs | Clarice Starling | |
1991 | Little Man Tate | Dede Tate | Juga pengarah |
1991 | Shadows and Fog | Pelacur | |
1993 | Sommersby | Laurel Sommersby | |
1993 | It Was a Wonderful Life | Pencerita | Dokumentari |
1994 | Maverick | Puan Annabelle Bransford | |
1994 | Nell | Nell Kellty | |
1996 | Frasier | Marlene (suara) | Siri TV, episod "Moon Dance" |
1997 | The X-Files | Betty (suara) | Siri TV, episod "Never Again" |
1997 | Contact | Dr. Eleanor Arroway | |
1999 | Anna and the King | Anna Leonowens | |
2002 | The Dangerous Lives of Altar Boys | Sister Assumpta | |
2002 | Panic Room | Meg Altman | |
2003 | Abby Singer | Diri sendiri | |
2004 | A Very Long Engagement | Elodie Gordes | Un long dimanche de fiançailles |
2005 | Flightplan | Kyle Pratt | |
2005 | Statler and Waldorf: From the Balcony | Diri sendiri | Penampilan tetamu dalam episod 8 |
2006 | Inside Man | Madeline White | |
2007 | The Brave One | Erica Bain | |
2008 | Nim's Island | Alexandra Rover | |
2009 | The Simpsons | Maggie Simpson (suara) | Siri TV, episod: "Four Great Women and a Manicure" |
2011 | The Beaver | Meredith Black | Juga pengarah |
2011 | Carnage | Penelope Longstreet | |
2013 | Elysium | Setiausaha Pertahanan, Jessica Delacourt | |
2014 | Makers: Women Who Make America | Pencerita | Siri TV, episod: "Women in Space" |
Tahun | Tajuk | Nota |
---|---|---|
1986 | Mesmerized | Penerbit bersama |
1994 | Nell | |
1995 | Home for the Holidays | |
1998 | The Baby Dance | (TV); Penerbit eksekutif |
2000 | Waking the Dead | Penerbit eksekutif |
2002 | The Dangerous Lives of Altar Boys | |
2007 | The Brave One | Penerbit eksekutif |
Tahun | Tajuk | Nota |
---|---|---|
1988 | Tales from the Darkside | (1 episod, "Do Not Open This Box") |
1991 | Little Man Tate | |
1995 | Home for the Holidays | |
2011 | The Beaver | |
2013–2014 | Orange Is the New Black | 2 episod ("Lesbian Request Denied", "Thirsty Bird") |
2014 | House of Cards | 1 episod ("Chapter 22") |
2016 | Money Monster |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Jodie Foster |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jodie Foster |