Joker | |
---|---|
Pengarah | Todd Phillips |
Penulis |
|
Berdasarkan | Characters daripada DC |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Lawrence Sher]] |
Disunting oleh | Jeff Groth |
Muzik oleh | Hildur Guðnadóttir |
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 122 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | USD55–70 juta[2][3] |
Pecah panggung | USD1.074 bilion[4][5] |
Joker adalah filem drama debaran Amerika Syarikat 2019 arahan Todd Phillips yang juga penulis skrip bersama Scott Silver untuk Warner Bros. Pictures bersama-sama Village Roadshow Pictures, Bron Creative and Joint Effort. Filem ini didasarkan watak The Joker dari DC Comics dibintangi Joaquin Phoenix yang melakon watak Arthur Fleck, seorang pelawak yang gagal yang didorong oleh kegilaan dan berubah menjadi penjahatan menngungkitkan kekacauan di Gotham City. Robert De Niro, Zazie Beetz, Frances Conroy, Brett Cullen, Marc Maron, Glenn Fleshler, Douglas Hodge dan Brian Tyree Henry antara pelakon lain yang membintangi bersama.
Filem ini mula ditayangkan pada acara Festival Filem Antarabangsa Venezia ke-76 pada 31 Ogos 2019 di mana ia memenangi anugerah Singa Emas terpuji sana, ia ditayangkan se-Amerika Syarikat pada 4 Oktober 2019. Filem ini diterima hangat baik sesama para pengkritik filem yang menyentuh aspek provokatif dan ganas dalam penceritaan filem mahupun produksi persembahan para pelakonnya.[6]
Ia memperoleh kutipan lebih $1 bilion sekaligus filem bertaraf R pertama yang melakukannya, dan menjadi keenam-tertinggi- filem kutipan tahun 2019 semasa tayangan teaternya. Filem ini juga menerima banyak anugerah. Pada Anugerah Akademi ke-92, ia memperoleh 11 pencalonan terkemuka, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Adaptasi Lakon Layar Terbaik serta memenangkan Pelakon Terbaik untuk Phoenix dan Skor Muzik Asal Terbaik untuk Hildur Guðnadóttir.
Filem sambungannya Joker: Folie à Deux bakal ditayangkan pada 4 Oktober 2024.
Pada 1981, Arthur Fleck, seorang badut jalanan berusia 40 tahun tinggal bersama ibunya, Penny di Kota Gotham yang kacau bilau. Dia menderita kelainan otak yang menyebabkan dia tertawa pada waktu yang tidak tepat dan dia sering mengunjungi pekerja layanan sosial untuk mendapatkan ubatnya. Setelah sekelompok anak jalanan mencuri papan milik Arthur dan mebelasahnya di jalanan, salah seorang rakan sekerjanya meminjamkan pistol sebagai alat perlindungan diri. Suatu saat, penyakitnya kambuh ketika dia sedang menaiki kereta api, sehingga Sophie keheranan dengan tingkahnya dan Arthur memberikan sebuah kad menjelaskan penyakit tawaan untuk menjawab keheranannya. Arthur kemudian menjalin hubungan baik dengannya, yang kemudian baru disadarinya bahawa Sophie tinggal di apartemen yang sama dengannya.
Selama kunjungan ke hospital anak-anak, pistol Arthur terjatuh dari sakunya - dia dipecat dari pekerjaannya tanpa sempat menjelaskan keperluannya bersenjata. Arthur juga mengetahui bahawa program khidmat sosial ditutup, sehingga dia tidak memiliki cara untuk mendapatkan obat. Dalam perjalanan pulang menggunakan kereta api bawah tanah, Arthur dirundung oleh tiga pebisnis muda Wall Street - keadaan genting ini memaksa Arthur menembak mati ketiga-tiga mereka untuk melindungi diri. Kejadian ini tidak disedarinya akan memulakan suatu tunjuk perasaan terhadap orang kaya di kota itu dengan menggunakan topeng badut. Beberapa hari sebelumnya, Thomas Wayne mencalonkan dirinya sebagai datuk bandar kerana merasa resah dengan kekacauan di kota itu yang tidak kunjung berhenti.
Sophie menghadiri acara lawakan tunggal yang disertai Arthur - tawaan Arthur yang tidak terkawal menyukarkannya menyampaikan persembahannya. Kejadian memalukan ini sempat dirakam dan diberikan kepada seorang pembawa acara bicarawara populer, Murray Franklin, menayangkan video itu secara langsung sebagai ejekan. Arthur mencuri surat yang ibunya tulis kepada Thomas Wayne yang merupakan salah satu orang terpandang di kota itu dan menemukan dirinya adalah putra tidak sah Wayne. Dia memaki-maki ibunya kerana merahsiakan ini darinya dan tak lama setelah itu, Penny jatuh sakit sehingga dirawat di rumah sakit. Arthur juga dilecehkan oleh dua detektif yang curiga dengan keterlibatannya dalam penembakan kereta bawah tanah, tetapi dia menyangkalnya.
Keadaan kota menjadi semakin kacau dengan penunjuk perasaan yang tumpah ruah di mana-mana. Ketika para penunjuk perasaan mulai berkelahi dengan petugas keamanan, Arthur menyelinap ke sebuah gedung tempat sebuah acara khusus untuk tokoh ternama dihelat. Arthur berjumpa dengan Thomas Wayne dan mempertanyakan status dirinya dengan Thomas. Thomas mengatakan bahawa Penny gila dan bahkan bukan ibu kandung Arthur, sembari menampar Arthur setelahnya. Arthur mengunjungi Rumah Sakit Arkham untuk mencari tahu akan kebenaran perkataan Thomas. Arthur mencuri berkas kasus Penny dan menemukan bahawa dia memang diambil sebagai anak angkat setelah ditinggalkan ketika bayi. Dia juga mengetahui bahawa Penny berlaku kasar kepadanya ketika dia masih kecil, termasuk trauma kepala yang serius yang mengakibatkan tawa patologisnya. Arthur kembali ke rumah sakit dan langsung menutup kepala ibunya dengan bantal hingga mati kelemasan. Dia kembali ke gedung apartmennya dan memasuki kamar Sophie. Sophie kaget dengan kehadirannya dan memintanya pergi. Arthur kemudian menyadari bahawa pengalamannya dengan Sophie hanyalah ilusi.
Seorang pegawai dari acara Murray Franklin menelepon dan meminta Arthur untuk tampil di acara itu. Arthur setuju dan berencana bunuh diri di acara itu. Saat dia bersolek dan mengenakan pakaiannya, dia dikunjungi oleh Randall dan Gary yang ingin belasungkawa atas kematian ibunya. Arthur yang memendam rasa dendam kerana dianiaya Randall terus menusuk leher Randall dengan gunting dipegangnya dan membelasahnya sehingga mati. Gary pula dilepaskan kerana dia langsung tidak berbuat apa-apa jahat kepada Arthur. Dalam perjalanan ke studio, dia dikejar oleh dua detektif ke sebuah kereta yang penuh dengan penunjuk perasaan bertopeng badut. Salah satu detektif secara tidak sengaja menembak mati seorang penunjuk perasaan, sehingga penunjuk perasaan lain mulai mengeroyoki kedua detektif itu hingga kritis, dan Arthur melarikan diri dari kegaduhan itu.
Sebelum acara itu dimulai, Arthur meminta Murray memperkenalkannya sebagai "Joker", jolokan Murray beberapa lama dahulu yang lalu terhadapnya. Acara itu berlangsung dengan lancar seperti biasanya, tetapi Arthur malah terus-menerus mengakui pembunuhan di kereta bawah tanah itu dan mempertanyakan rasa berat sebelah masyarakat yang menyanjung ketiga pemuda itu sembari merendahkannya, dengan menyebut masyarakat lebih memilih menginjak mayatnya di jalan raya alih-alih menguburkannya secara layak. Murray berusaha menenangkan suasana, tetapi segalanya terlambat apabila Arthur segera menembak mati Murray tepat di kepalanya - banyak penonton yang lari ketakutan dan dia ditangkap polis.
Arthur ketika dibawa ke balai polis melihat Gotham sedang dirundung kekacauan oleh penunjuk perasaan. Kereta mereka bertiga dilanggar ambulans dipandu curi beberapa penunjuk rasa; Arthur terselamat namun pitam dengan sejumlah luka di tubuhnya. Mereka langsung menyelamatkan Arthur saat itu juga dan membaringkannya di sebuah kereta. Arthur tersadar dan bangkit dari siumannya, sehingga penunjuk rasa merayakannya dengan penuh gegap gempita, yang ditanggapi dengan tarian Arthur. Sementara itu, seorang di antara perusuh ini mengejar keluarga Wayne yang lari menyaelamatkan diri hingga ke sebuah lorong gelap - Thomas serta Martha ditembak mati, sehingga anak mereka Bruce hanya bisa terpaku dengan keadaan itu.
Beberapa waktu kemudian, Arthur disoalsiat oaleh seorang pekerja sosial di Hospital Sakit JIwa Arkham dan tertawa terpingkal-pingkal. Ketika ditanya, Arthur hanya mengatakan bahawa mereka tidak akan mengerti. Arthur angkat kaki dari tempat itu dengan meninggalkan jejak berdarah dari sepatunya.
Filem ini mula dirancang pembikinannya sejak tahun 2016 dan telah disahkan pada bulan Ogos 2017. Todd Phillips dipilih tidak lama kemudian untuk mengarahkan dan menerbitkan filem ini.
Philips mengarang skrip filem ini bersama Scott Silver ilham karya-karya filem drama arahan Martin Scorsese termasuk Taxi Driver (1976), Raging Bull (1980) dan The King of Comedy (1982); malah Scorsese turut terlibat dalam produksi awal namun terpaksa mengundur diri kerana kesibukan jadual sendiri. Phoenix menyertai projek ini pada Februari 2018 dan telah dibuang pada bulan Julai dan majoriti pemain telah menandatangani pada bulan Ogos. Pengetua utama bermula pada September 2018, yang berlaku di New York City, Jersey City, dan Newark dan membuat kesimpulan pada bulan Disember berikutnya.
Joker ada menimbulkan kebimbangan mengenai keganasan yang barangkali didorong dari penayangan filem ini - Aurora, Colorado yang menjadi tempat kejadian suatu pembunuhan beramai-ramai a tahun 2012 semasa berlakunya The Dark Knight Rises dilaporkan enggan mengedar filem ini.[17]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DCStrategy
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama opening
There's a connection, obviously, with the whole thing. But it's not as a direct connection as the character I'm playing being Rupert many years later as a host.
Filem berdasarkan watak-watak DC Comics | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Serial | Adventures of Captain Marvel (1941) • Spy Smasher (1942) • Batman (1943) • Hop Harrigan (1946) • The Vigilante (1947) • Superman (1948) • Congo Bill (1948) • Batman and Robin (1949) • Atom Man vs. Superman (1950) • Blackhawk (1952) | ||||||
Filem tunggal | Superman and the Mole Men (1951) • Batman (1966) • Steel (1997) • Road to Perdition (2002) • The League of Extraordinary Gentlemen (2003) • Catwoman (2004) • Constantine (2005) • A History of Violence (2005) • V for Vendetta (2005) • Stardust (2007) • The Spirit (2008) • Watchmen (2009) • The Losers (2010) • Jonah Hex (2010) • Red (2010) • Green Lantern (2011) • Aquaman • Shazam! • The Kitchen • Joker • Birds of Prey | ||||||
Siri filem |
|