KRU
Berasal dariMalaysia
GenreR&B, Hip Hop, Pop
InstrumenVokal
Tahun aktif1992–2018
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia (1992-2006)
KRU Records (1995-2018)
Pengkarya berkait
Feminin, Elite, Indigo, Juliana Banos, Ezlynn, Rabbani, Ella, Tyco, Abon, Adam AF2, Stacy AF6, V.I.P., Saiful Apek, Shy'8, Forteen, M. Daud Kilau, Altimet, Mojo, Jaclyn Victor, Anita Sarawak, Dafi
Laman sesawang
http://www.krustudios.com
Bekas ahli(Norman) Dato' Norman bin Abdul Halim
(Yusry) Datuk Yusry bin Abdul Halim
(Edry) Edry bin Abdul Halim

KRU[a] merupakan kumpulan pop dan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 1992.[1] Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman,[2] Yusry dan Edry Abdul Halim.[3] Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.[4][5]

Pada 18 April 2018, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka yang telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6 Mei.[6]

Sejarah

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang ibu saudara mereka membeli papan nada mainan untuk Norman sempena hari jadinya yang turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRUSelangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk uji bakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Pada 2000, mereka menubuhkan kumpulan muzik maya bernama Tyco, yang ahlinya terdiri daripada mereka bertiga sendiri versi animasi.[7]

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[6] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[8] Menurut Norman selaku ketua kumpulan, keputusan ini telah dipersetujui oleh beliau, Yusry dan Edry.[9] Malah tiada perancangan untuk KRU membuat persembahan pertemuan semula pada masa hadapan berikutan setiap anggotanya sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing.[10] Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.[11]

Sebuah rokumentari khas mengenai perjalanan muzik KRU telah diumumkan oleh Norman dan telah diterbitkan pada Julai 2018.[12]

Cabang lain

Selain bidang muzik, KRU turut mengembangkan sayap mereka dalam bidang perniagaan menerusi Kumpulan Syarikat KRU yang ditubuhkan pada 1992. Berikut ialah senarai anak syarikat KRU:

Diskografi

Album studio

Diskografi KRU
Album studio13
Album kompilasi3
Video muzik28
Single26

Album kompilasi

Tajuk Maklumat
Krumania
Relax
Gergasi
  • Dikeluarkan: 2018
  • Label: KRU Music

Single

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1992 "Cherrina" Canggih
"Hanya Kau"
"Sekali Lagi (Gadisku)"
1993 "20/20"
"Mengerti" ReKRUed
"Gadis Jelita"
1994 "Inikah Ertinya Cinta?"
"Janji Tinggal Janji"
"Katanya..."
"Awas!" Awas (EP)
"Untukmu (KRU Cover)"
"Di Dalam Dilema"
1995 "E'nuff Eez E'nuff"
"Negatif" Beware: Awas! Da Soundtrack
"2"
"I'll be Waiting"
"Malam Kita"
"Emilia"
1996 "Salah Siapa?"
"Ooh! La! La!" Ooh! La! La!
"Freaky G"
"Apa Saja" &mdash
"Diari Metropolitan" ft Kumpulan Elite
"Balada Hati"
1997 "Semuanya OK"
"Everest" Projek Everest
"Fanatik" Krumania
"Di Pintu Syurga" padusuara bersama Kumpulan Elite
"Getaran Jiwa" padu suara bersama P. Ramlee
1998 "Fobia" OST Silat Lagenda
"Setia Bersama" Padu suara bersama Sheila Majid
"The Way We Jam" The Way We Jam
1999 "More Than Forever"
"For You"
"Luar Biasa" Formula Luar Biasa
"Formula"
"Jangan Lafazkan"
2000 "Hilang Kawalan"
"Penjunjung Namaku"
"Seperti Yang Ku Jangka" Padu suara bersama Kumpulan Indigo Episod 3
"Bidadari" Tyco
2001 "With You"
"Saat Ku Pejamkan Mata"
"Supermokhtar"
2002 "Impak Maksima" Empayar KRUjaan Vol I & II
"Perpisahan Terasing"
"Mahaguru"
2003 "Sayang"
"Bintang Popular"
2004 "Babe" Relax
2005 "Suluhkan Sinar" padu suara bersama pelbagai artis CD Amal Tsunami
"Terhangat Di Pasaran" menampilkan Adam KRUnisme
"Empat Syarat"
"Sampai"
"Berat"
2006 "Gerenti Beres" 10 Di Skala Richter
"Buat Hal Lagi" menampilkan The Hits Squad
2007 "Kena Marah (Pun Tak Kisah)"
"Ladida Ladida"
2008 "Planet Hitam" OST Cicakman 2
2009 "Sujud" Ditampilkan bersama Mawi Allah Habibee
2011 "Ganas" Hitman
"Tiga Kata" KRUnomena
2012 "Wanita"
2013 "Semalam Tanpamu" padu suara bersama Stacy Anam
"Setiap"
"Erti Aidilfitri" Erti Aidilfitri (Single)
2016 "Hingga Ke Jannah" Hingga Ke Jannah (Single)
"Kuasa Juara" Team Malaysia (Olimpik 2016)
2018 "Tahan Lama" menampilkan Joe Flizzow Gergasi 25 Tahun

Lagu-lagu ciptaan

Berikut ialah lagu-lagu ciptaan KRU yang dipersembahkan oleh artis lain.

Konsert

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Anugerah Era

Anugerah Juara Lagu

Anugerah Planet Muzik

Festival Filem Malaysia

Anugerah Shout!

Malaysia Book of Records

1997
2001

Anugerah lain

Anugerah Pencapaian EMI
Anugerah Video M 1997
ntv7’s Most Popular Video Clip
Malaysian Video Awards 2002
Anugerah Tokoh Profima
The BrandLaureate Grand Master Brand Icon Leadership Award
MACP
IOC Trophy Sport Innovation
Niagara Integrated Film Festival

Catatan

  1. ^ Bukan singkatan; tiada makna khusus bagi huruf-huruf K,R, dan U. Ianya secara sebutan menterjemah perkataan Inggeris crew

Rujukan

  1. ^ Syanty Octavia Amry (24 Januari 2015). "Hip hop diiktiraf". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 18 Disember 2015.
  2. ^ Atak, Feride Hikmet (7 February 2016). "Gelaran 'Datuk', Norman (KRU) Mahu Tingkatkan Industri Kreatif Di Pahang". mStar Online. Star Media Group Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-22. Dicapai pada 4 July 2016.
  3. ^ "Keratan Harian Metro-Jenama KRU Terus Kukuh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-02. Dicapai pada 2012-02-24.
  4. ^ Hardi Effendi Yaacob (21 Jun 2009). "Daddy sumber inspirasi KRU". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2009. Dicapai pada 19 Februari 2010.
  5. ^ Hardi Effendi Yaacob (3 Mei 2009). "Misi cemerlang 3 beradik". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mei 2009. Dicapai pada 19 Februari 2010.
  6. ^ a b Othman, Kemalia (18 April 2018). "Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-18. Dicapai pada 18 April 2018.
  7. ^ "TYCO bukti KRU masih berbisa". Utusan Malaysia. 21 January 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 2 March 2017.
  8. ^ Siti Nursyazwani (18 April 2018). "'Tak mahu dikenali sebagai KRU lagi' - Norman Abdul Halim". Astro Awani. Dicapai pada 19 April 2018.
  9. ^ SGMS Faida (18 April 2018). "Sah! KRU Umum Bubar, Konsert Terakhir 6 Mei". Xtra. Dicapai pada 19 April 2018.
  10. ^ Michelle Gun (18 April 2018). "Berderai air mata Norman bubar KRU [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2018.
  11. ^ "KRU bubar selepas konsert terakhir Mei ini". Malaysia Gazette. 18 April 2018. Dicapai pada 19 April 2018.
  12. ^ Dennis Chua (3 Mei 2018). "#Showbiz: Rockumentary of KRU's musical journey out in July". New Straits Times. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  13. ^ "KRU teruskan konsert". Utusan Malaysia. 13 Mac 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2016. Dicapai pada 19 Februari 2010.

Pautan luar