Kelip-Kelip Di Kota London | |
---|---|
Genre | Drama, cinta |
Ditulis oleh | Nurull Halawati |
Pengarah | Murali Abdullah |
Dibintangi oleh | Hafidz Roshdi Hanna Aqeela |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | Haji Fadzil Teh |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 14 Mac 2018 – 12 April 2018 |
Kelip-Kelip Di Kota London ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Murali Abdullah dengan lakonlayar oleh Nurull Halawati dan diterbitkan oleh Zeel Production. Ia dibintangi oleh Hafidz Roshdi[1][2] dan Hanna Aqeela dan bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 14 Mac hingga 12 April 2018.[3][4]
Mengisahkan seorang jejaka kacak dan berharta, Syed Syaufiq yang merupakan seorang jejaka penggemar hiburan. Kekayaan Syaufiq diwarisi daripada syarikat perniagaan tekstil Al-Haffiy milik ayahnya, Syed Mukhriz. Demi menyiapkan anaknya dengan ilmu keusahawanan, Syed Mukhriz menghantar Syaufiq ke Universiti Cambridge, London. Di sana, hati Syaufiq terpahat apabila melihat Nur Insyirah yang sedang solat di satu penjuru taman rekreasi.
Terpukau melihat kecantikan Insyirah, Syaufiq mula mendekatinya dan mengenalinya. Seperti jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan, Syaufiq juga mula mendekati agama Islam melalui dorongan dan ajaran Insyirah sehingga mereka mendirikan rumah tangga. Namun, sebaik sahaja berita pernikahan mereka tiba di Malaysia, Syed Mukhriz mula menerangkan wasiatnya yang tertulis harta warisan Al-Haffiy hanya akan jatuh kepada Syaufiq sekiranya Syaufiq menikahi Sharifah Jasmine dan mendapatkan seorang anak lelaki.
Berikut ialah OST Kelip-kelip di Kota London.