Kepulauan Hawaii ialah gugusan 19 pulau dan atol, beberapa pulau kecil, dan gunung bawah laut di Lautan Pasifik Utara. Kawasan ini melingkungi 2,400 km dari pulau Hawai'i di selatan sehingga ke Atol Kure di utara.
Kepulauan ini ialah gugusan pulau terpencil di Bumi di mana ia terletak kira-kira 1,860 batu (3,000 km) dari benua terdekat.[1]
Gugusan ini mengambil nama sempena pulau terbesarnya, Hawai'i; pulau tersebut dipercayai datang daripada nama kawasan yang dipercayai merupakan tempat asal leluhur penduduk setempat, Hawaiki.
Kepulauan ini dahulunya dikenali sebagai oleh Apabila James Cook, penjelajah Inggeris, pertama kali melihat kepulauan tersebut pada 18 Januari 1778,[2] gugusan tersebut diberi nama Kepulauan Sandwich (Sandwich Islands) sempena John Montagu, Earl Sandwich ke-4, penaja ekspedisinya.[3][4] Nama ini menjadi kebiasaan sehingga dekad 1840-an.[5]
Kepulauan Hawaii menjadi satu negeri dalam pentadbiran Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Hawaii.[6]
Kepulauan di Polynesia |
---|
Kepulauan Austral • Kepulauan Cook • Kepulau Gambier • Kepulauan Hawaii • Kepulauan Kermadec • Kepulauan Setia • Kepulauan Pitcairn • Kepulauan Samoa • Kepulauan Masyarakat • Kepulauan Tonga • Kepulauan Wallis dan Futuna • Marquesas • Pulau Easter • Pulau-pulau New Zealand • Tokelau • Tuamotus • Tuvalu |