Kuala Langat (P112)
Kawasan pilihan raya  Selangor
Kawasan parlimen
Badan perundanganDewan Rakyat
ADR
 
 
 
Ahmad Yunus Hairi
PN
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan2022
Demografi
Pemilih (2018)[1]102,406
Luas (km²)[2]582

Parlimen Kuala Langat ialah kawasan pilihan raya bagi Parlimen di Dewan Rakyat. Parlimen ini ditubuhkan pada tahun 1959 ialah Pilihan Raya Pertama.

Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Ahmad Yunus Hairi dari PN-PAS. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga ADN Sijangkang. Beliau memperoleh majoriti 1,833 undi sahaja.

Statistik Banci 2020

Sumber:[3]

Statistik Banci 2020 P112 Kuala Langat
Jumlah Penduduk 247,093
Kepadatan Penduduk 425 / km2
Nisbah Jantina (L : P) 108 : 100
Kumpulan Etnik
Bumiputera 67.3
Cina 19.9
India 12.4
Lain-Lain 0.4

Demografi

Pecahan etnik pengundi parlimen Kuala Langat setakat 2018[4]

  Melayu (57.17%)
  Cina (24.03%)
  India (16.26%)
  Etnik lain (2.54%)

Sejarah Kawasan

Sejarah Wakil Rakyat

Keputusan Pilihan Raya

Dewan Negeri Selangor

Terdapat tiga DUN di bawah parlimen ini.

Pentadbiran dan Kemudahan

Parlimen Kuala Langat berada di bawah daerah Kuala Langat.

Mukim

Mukim di dalam parlimen ini ialah mukim Jugra,Teluk Panglima Garang,sebahagian kawasan Tanjong Dua Belas di DUN Sijangkang (kawasan negeri).

Mukim Bandar dan sebahagian mukim Tanjong Dua Belas di DUN Banting (kawasan negeri).

Mukim Kelanang dan Mukim Morib di DUN Morib (kawasan negeri).

Pihak Berkuasa Tempatan

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ialah kerajaan tempatan bagi parlimen ini. Kerajaan tempatan kuala langat dinaiktaraf ke status perbandaran pada tahun 2019.

  1. ^ "Electoral Roll for the 14th Malaysian General Election Updated as of 10 April 2018" (PDF). Election Commission of Malaysia. 10 April 2018. m/s. 25. Dicapai pada 2020-01-29.
  2. ^ Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018 Jilid 1 (PDF) (Laporan). Election Commission of Malaysia. 2018. Dicapai pada 2020-01-29.
  3. ^ https://www.mycensus.gov.my/index.php/census-product/publication/census-2020/myparlimen
  4. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.