Kuali (Jawi: كوالي ) adalah alat berupa bekas besi berbentuk bulat mencembung mungkum di dasar[1]:4, 38, 40 yang digunakan untuk tujuan memasak; ia terdapat di bahagian-bahagian Timur, Selatan dan Tenggara benua Asia.[1] Alat ini digunakan dalam pelbagai cara memasak termasuk menggoreng (baik cara kacau, tohor atau celur), mengukus, merebus didih atau carak, menumis reneh, membakar, merendidih, membuat sup, menyalai dan memanggang.[1]:4, 38, 40
Kuali meminjam dari perkataan Tamil: குவளை kuvaḷai yang bermaksud "bekas bermulut besar";[2] ia turut terserap dalam banyak bahasa Nusantara yang mengungkapkan objek sama atau lebih kurang seperti kuwali ꦏꦸꦮꦭꦶ dalam bahasa Jawa,[3][nota 1] kawali ᜃᜏᜎᜒ dalam bahasa Tagalog dan kawalik كَوَلِ dalam bahasa Suluk.[2]
Kuali yang lagi bersaiz besar disebut sebagai kawah (Jawi: كاوه ),[5][6] ia sewarisan dengan perkataan bahasa Kapampangan kawa merujuk kepada bekas besar sama[7][8][9] turunan kata akar *kawaq dalam bahasa Proto-Melayu-Polinesia Barat.[10]
Kuali-kuali moden lazim diperbuat dari keluli karbon dan besi tuang;[1]:4, 38, 40 keluli karbon paling dipilih[11] kerana kos yang murah berbanding bahan-bahan mentah lain,[12] ringan diangkat, mampu mengalirkan haba dengan cepat[13] serta tahan lasak. Kuali juga boleh ditukangkan dari aluminium, namun mudah kehilangan haba yang terolak.
Pemegang kuali muncul dalam dua bentuk: