Kuda feral atau kuda jalang merujuk kepada kuda bebas-liar yang berasal daripada kuda baka peliharaan. Oleh itu, kuda feral bukanlah sejenis haiwan liar. Bagaimanapun, beberapa populasi kuda-kuda feral diuruskan sebagai hidupan liar, dan kuda-kuda ini sering kali dipanggil sebagai kuda "liar". Kuda-kuda feral merupakan keturunan daripada kuda-kuda peliharaan yang terlepas, melarikan diri atau secara sengaja dilepaskan ke alam liar dan kekal hidup dan membiak di sana. Jauh dari manusia, seiring masa berlalu tingkah laku haiwan-haiwan berubah ke arah kuda liar. Beberapa kuda yang dihup dalam persekitaran feral tetapi kadang kala mungkin diuruskan atau dikendalikan oleh manusia, terutamanya dalam harta persendirian dirujuk sebagai "separa-feral".
Kuda-kuda feral biasanya hidup dalam gerombolan, kumpulan atau kawanan. Kumpulan kuda feral ini, sepertimana kuda liar biasanya terdiri daripada beberapa ekor kuda betina dan diketuai oleh seekor kuda betina matang dominan, termasuk beberapa kuda betina lain bersama anak-anaknya, serta kuda-kuda muda dari kedua-dua jantina. Biasanya terdapat seekor kuda jantan, bagaimanapun ada beberapa ketika terdapat beberapa ekor kuda jantan kurang dominan yang bersama dengan kumpulan ini. Sekumpulan kuda biasanya terdiri daripada beberapa kawanan kecil yang berkongsi kawasan yang sama. Satu kawanan kuda biasanya mempunyai bilangan yang lebih kecil, sekecil tiga hingga lima ekor kuda, kadang kala mungkin meningkat hingga lebih sedozen. Jumlah kawanan berubah pada setiap masa kerana kuda-kuda muda akan dihalau keluar dan menyertai kawanan lain, atau sebagai kuda jantan muda; ia akan mencabar kuda-kuda jantan yang lebih tua untuk menguasai kawanan. Bagaimanapun, dalam satu ekosistem tertutup (seperti kawasan-kawasan perlindungan di mana kebanyakan kuda-kuda feral ditemui pada hari ini), untuk mengekalkan kepelbagaian genetik, saiz minimum untuk populasi kuda lepas-bebas adalah 150–200 ekor.[1]
Kuda-kuda yang hidup dalam keadaan tidak dijinakkan, tetapi leluhurnya berasal daripada pembelajinakan, adalah bukan kuda "liar" sebenar; ia merupakan kuda-kuda feral. Kuda-kuda liar sebenarnya pada hari ini adalah kuda Przewalski yang berasal dari padang rumput di tengah Asia. Contoh terbaik kuda-kuda feral adalah kuda-kuda "liar" dari Amerika Barat. Apabila orang-orang Eropah membawa masuk kuda-kuda ke Amerika, bermula dengan kedatangan pada konquistador pada kurun ke-15, beberapa kuda terlepas dan membentuk kawanan feral yang kini dikenali sebagai mustang.
Australia mempunyai populasi kuda feral terbesar di dunia, dengan lebih 400,000 ekor kuda feral.[2] Nama setara kepada kuda Mustang di Australia adalah brumby, kawanan kuda feral yang berturunan daripada kuda-kuda yang dibawa masuk ke Australia oleh para peneroka Inggeris.[3][4]
Di Portugal, satu populasi kuda-kuda feral lepas-bebas yang dikenali sebagai garrano, hidup di rangtaian pergunungan utara. Populasi terpisah kuda feral juga ditemui di beberapa tempat lain termasuk Pulau Sable di luar pantai Nova Scotia, Pulau Assateague di luar pantai Virginia dan Maryland, Pulau Cumberland, Georgia, dan Pulau Vieques di luar pantai Puerto Rico. Beberapa kuda-kuda feral ini dikatakan berasal daripada kuda-kuda yang berjaya berenang ke tanah semasa kapalnya telah karam. Pendapat lain menyatakan bahawa ia sengaja dibawa ke pelbagai pulau oleh para peneroka dan sama ada ditinggalkan untuk membiak secara bebas atau ditinggalkan apabila penerokaan oleh manusia gagal.
Lebih daripada 700 ekor kuda feral hidup di kaki bukit di Gunung Cincar, terletak antara Livno dan Kupres, Bosnia dan Herzegovina, dalam kawasan sekitar 145 km2 (56 bt2). Kuda-kuda ini berasal daripada kuda-kuda yang dibebaskan oleh para pemiliknya pada tahun 1950an, menikmati status perlindungan sejak tahun 2010.[5]
Satu populasi kuda feral moden (janghali ghura) yang ditemui di kawasan simpanan Taman Negara dan Biosfera Dibru-Saikhowa di Assam, timur laut India, dengan kawanan bersaiz sekitar 79 ekor merupakan keturunan kuda-kuda yang terlepas daripada kem-kem semasa Perang Dunia II.[6]
Banya spesies kuda pra-sejarah kini telah pupus, berevolusi di Amerika Utara, akan tetapi kuda-kuda feral pada hari ini adalah keturunan kuda-kuda yang dibela-jinak di Eropah.[7] Di Amerika Syarikat Barat, beberapa kawanan kuda dan burro telah dilindungi di bawah Akta Burro dan Kuda Lepas-Bebas dan Liar 1971. Kira-kira 40,000 ekor mustang hidup di Florida.[8]
Jenis kuda feral moden yang memiliki peratusan signifikan dalam jumlah populasi yang hidup dalam keadaan feral, meskipun populasi dalam keadaan bela-jinak masih wujud, adalah seperti berikut:
Di United Kingdom, kawanan kuda padi separa-feral hidup dalam persekitaran liar di banyak tempat, terutamanya di Dartmoor, Exmoor, Cumbria (Fell Pony), dan New Forest. Populasi kuda dan kuda padi yang serupa juga didapati di seluruh benua Eropah. Haiwan-haiwan ini, meskipun tidak sepenuhnya feral, oleh kerana ia hidup dalam kawasan persendirian, dan berkeliaran di paya rawa dan hutan di bawah kuasa hak meragut rumput dimiliki oleh para pemiliknya. Sebahagian daripada populasi ini dilepaskan oleh beberapa sebab seperti latihan untuk ia membesar, direhatkan untuk membolehkan is membiak dalam keadaan biasa dan sebagainya. Dalam beberapa kes, haiwan ini mungkin dimiliki oleh pihak kerajaan dan diurus-selia dalam persekitaran terkawal.
Templat:Equus (genus)