Lemur ekor gelang Warik ekor gelang | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | Stepsirrhini
|
Keluarga: | Lemuridae
|
Genus: | Lemur
|
Nama binomial | |
Lemur catta | |
Native range of Lemur catta[1] | |
Sinonim | |
|
Lemur ekor gelang (juga: warik ekor gelang, Lemur catta) adalah seekor primat besar bermuncung kontot yang paling dikenali kerana ekornya yang panjang berbelang. Ia tergolong dalam cabang Lemuridae salah satu daripada lima keluarga warik di mana ia merupakan satu-satunya anggota genus Lemur yang khusus.
Spesies ini khusus didapati di pulau Madagaskar sepertimana lemur warik lain, namun taburannya khusu mendiami hutan galeri hingga semak berduri di kawasan selatan pulau tersebut. Habitat-habitat disebut ini banyak dimusnahkan manusia yang mahu mendirikan padang ternakanTemplat:LoM2 SfnTemplat:LoM3 Sfn serta sasaran diburu sebagai sumber makanan dan peliharaan eksotik menjadikan ia spesies terancam Senarai Merah IUCN; sebanyak 2,000 ekor warik telah dikira menurun dari ancaman-ancaman ini pada awal tahun 2017.[5]
Lemur atau warik spesies ini paling besar dalam kalangan keluarga sejenisnya dengan ukuran kepala dan badan antara 39–46 sentimeter manakala ekornya memanjang antara 56–63 sm keseluruhannya antara 95–110 sm;[3]Templat:LoM3 Sfn purata berat ditimbang sekitar 2.2 kilogram.Templat:LoM3 Sfn Panjang kaki belakangnya 102–113 mm, telinganya antara 40–48 mm manakala ukuran tengkoraknya sekitar 78–88 mm.[3]
Muncung warik lonjong seakan rubah dengan badan lampai;[3] badannya dilitupi bulu yang sangat tebal sehingga sukar dicukur dengan pencukur elektrik.[3] Ekornya bercorak gelang hitam putih sebanyak 12-13 gelang putih dan 13-14 gelang hitam, hujungnya kekal berwarna hitam.[3]Templat:LoM2 Sfn
Warik ini memakan serba jenis yang didapatkan. Ia sering memakan dedaun dan buahan terutamanya dari pokok asam jawaTemplat:LoM2 Sfn[6] yang mengambil setengah sumber pemakanan 50% terutamanya sepanjang musim sejuk yang kering di pulau Madagaskar.Templat:LoM2 Sfn Ia juga memangsakan banyak jenis serangga termasuk ulat, cengkerik, belalang, labah-labah malah burung dan cicak sesumpah yang kecil.Templat:LoM2 Sfn
Pasangan akan melahirkan seekor anak di hutan liar, namun adakalanya akan ada anak kembar yang berlaku. Anak-anak ini didukung depan pada 2 minggu pertama sebelum didukung belakang pada minggu-minggu berikutnya.[7] Anak lemur/warik mula memakan makana pejal selepas 2 bulan dan akhrinya berhenti menyusu selama lima bulan.
Anak-anak lemur/warik mula mencapai kematangan baligh pada usia antara 2 setengah hingga 3 tahun;[8] pada waktu selepas ini anak-anak jantan meninggalkan kawanan sendiri ketika berusia 3-5 tahun.[6][9]