Luqman Faiz | |
---|---|
Nama lahir | Luqman bin Abdul Halim Faiz |
Kelahiran | Shah Alam, Selangor, Malaysia | 3 Mac 2000
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2018–kini |
Syarikat rakaman | Aries Music |
Pengkarya berkait | Fieya Julia |
Luqman Abdul Halim Faiz (lahir 3 Mac 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu sulungnya, "Kepuraanmu".[1]
Single sulungnya, "Kepuraanmu" hasil nukilan Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam dikeluarkan pada 27 April 2018 sekaligus memperkenalkan Luqman dalam industri muzik.[2][3] Ia mendapat perhatian selepas dipilih sebagai lagu tema drama Mawar Murni di TV3. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Takhta Cinta". Luqman pernah ditawarkan menyertai Big Stage musim kedua, namun menolak secara baik kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran.[4]
Luqman Faiz ialah anak kedua daripada tiga beradik dalam keluarganya. Ibunya ialah seorang guru agama dan bapanya telah lama meninggal dunia. Beliau menyambung pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Seri Iskandar, Perak namun berhenti belajar dan mengikuti jurusan muzik di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor.
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2018 | "Kepuraanmu" | |
2019 | "Takhta Cinta" | |
2021 | "Boneka Cinta" | |
2022 | "Loco Loco" |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2019 | "Senyuman Syawal" | |
2022 | "Mahligaimu Dari Airmataku" | Lagu asal dinyanyikan oleh Lestari (kumpulan muzik) |
2023 | "Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta" |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Bawah Blok | Arjuna | TV3 | Drama pertama |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula | Sebagai penyanyi undangan episod 3 | TV3 | |
2023 | Sofa Kentang Selebriti | Bintang tamu bersama Fieya Julia | Astro Ria | |
2024 | Celoteh Yuwana | Pengacara bersama Cik Yan | Shah Alam Boardcasting Channel | Episod 14 Ideas Production |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Artis Baharu MeleTOP | Dirinya sendiri | Tercalon | |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | [5] |