Makaw | |
---|---|
Seekor Makaw Hyacinth di Pantanal, Mato Grosso, Brazil | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | Psittacinae
|
Tribus: | Arini
|
Genera | |
Ara |
Makaw adalah sejenis parrot Dunia Baru yang bersaiz kecil hingga besar, biasanya dengan bulu yang berwarna-warni. Dari banyak genera Psittacidae (parrot asli) yang pelbagai, enam darinya dikelaskan sebagai makaw iaitu : Ara, Anodorhynchus, Cyanopsitta, Primolius, Orthopsittaca, dan Diopsittaca. Dahulunya, ahli dalam genus Primolius juga diletakkan dalam Propyrrhura berdasarkan peraturan ICZN.[1] Makaw berasal dari Mexico, Amerika Tengah, Amerika Selatan, dan Caribbean. Kebanyakan spesies mempunyai kaitan rapat dengan hutan hujan, tetai ada juga yang mendiami habitat seperti hutan jarang dan savana.[2]
Terdapat 8 spesies makaw, termasuk spesies yang telah pupus dan terancam teruk.[3] Selain itu, terdapat beberapa teori kekepusan spesies yang dibuat berdasarkan sedikit bukti-bukti yang didapati.[4]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fuller1987
Genus | Spesies (kepupusan: † menandakan sesuatu spesies telah pupus, ₴ menandakan bukti diperolehi hanya dari sub-fosil) |
---|---|
Anodorhynchus | Makaw Glaucous • Makaw Hyacinth • Makaw Lear |
Cyanopsitta | Makaw Spix |
Ara | Makaw biru-dan-kuning (atau Makaw biru-dan-emas) • Makaw Tekak Biru • Makaw Tentera • Makaw Hijau Besar (atau Makaw Buffon) • Makaw Scarlet • Makaw merah-dan-hijau (atau Makaw Sayap Hijau) • Makaw Dahi Merah • Chestnut-fronted Macaw (atau Makaw Severe) • Makaw Merah Cuba † • Makaw Saint Croix † ₴ |
Orthopsittaca | Makaw Perut Merah |
Primolius | Makaw Kepala Biru • Makaw Sayap Biru (atau Makaw Illiger) • Makaw Kolar Emas (atau Makaw Kolar Kuning) |
Diopsittaca | Makaw Bahu Merah (Makaw Hahn atau Makaw Noble) |
Makaw yang dipercayai pupus (genus tidak dipastikan) | Makaw Martinique • Makaw biru-dan-kuning Ekor Merah • Makaw Antillea Kecil • Makaw hijau-dan-kuning Jamaica • Makaw Merah Jamaica • Makaw hijau-dan-kuning Dominica • Oné Couli |