Man Kidal | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Abdul Rahman bin Mahmood |
Juga dikenali sebagai | Man Kidal |
Kelahiran | Skudai, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 2 Mac 1963
Genre | Hard rock, Glam metal, Rock kapak, Heavy metal |
Pekerjaan | Pemuzik, Penggubah lagu, Penerbit rakaman |
Instrumen | Gitar |
Tahun aktif | 1979–kini |
Pengkarya berkait | Lefthanded, Search |
Alat muzik terkenal | |
Gitar elektrik |
Man Kidal (lahir Abdul Rahman bin Mahmood; 2 Mac 1963) ialah seorang pemuzik dan instrumentalis Malaysia. Gelaran Kidal diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik ini sejak tahun 1979 lagi ketika itu beliau menganggotai kumpulan The Lefthanded dan telah ditukarkan nama kepada Kumpulan Lefthanded.[1]
Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama di dalam kumpulan tersebut. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak Mohd Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.
Man kidal juga berbakat di dalam mencipta lagu tetapi banyak disumbangkan kepada kumpulannya sendiri iaitu Lefthanded. Di antara lagu ciptaan Man kidal ialah :
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Kembara Seniman Jalanan | Pemuzik | Pelakon undangan |
1987 | Rozana Cinta '87 | ||
2005 | Rock | Juri Awam | |
2012 | Chantek |