Manila
Bendera Manila
Mohor rasmi Manila
Peta Mainilak Raya dengan Manila dipaparkan
Peta Mainilak Raya dengan Manila dipaparkan
Map
Manila is located in Bumi
Manila
Manila (Bumi)
Koordinat: 14°35′45″N 120°58′38″E / 14.5958°N 120.9772°E / 14.5958; 120.9772Koordinat: 14°35′45″N 120°58′38″E / 14.5958°N 120.9772°E / 14.5958; 120.9772
NegaraFilipina
DaerahMainilak Raya
WilayahMainilak Raya
Barangay897
Tarikh asas24 Jun 1571
Pentadbiran
 • Mayor of Manila[*]Honey Lacuna
 • Pengundi1,133,042 (9 Mei 2022)
Keluasan
[1]
 • Jumlah24.98 km2 (9.64 batu persegi)
Aras
7.0 m (23.0 ft)
Penduduk
 (1 Mei 2020) [2]
 • Jumlah1,846,513
 • Kepadatan74,000/km2 (190,000/batu persegi)
 • Bilangan rumah
486,293
 • Demonim
Manilan
Manilan·on
Manilenyo
taga-Maynila
manileño
Manilano
Manilène
Manillaise
Manillais
manilense
manileña
Manilan·ën
Manilčan
Manilčanka
Ekonomi
 • Kelas pendapatanspecial city income class
 • Kadar kemiskinan1.10% (2021)[3]
 • Hasil₱17,922,805,500.00 (2020)
 • Aset₱74,464,757,574.00 (2020)
 • Liabiliti₱22,420,747,872.00 (2020)
 • Perbelanjaan₱17,874,675,033.00 (2020)
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Filipina)
Poskod
0900–1096
PSGC
133900000
Kod kawasan+63 (0)2
Jenis iklimIklim monsun tropika
Bahasa peribumibahasa Tagalog
Laman sesawangmanila.gov.ph/,%20https://www.cityofmanila.ph/

Manila (bahasa Tagalog: Maynila) merupakan ibu negara Filipina yang terletak di timur Teluk Manila di pulau Luzon. bandaraya ini terletak di bahagian timur Teluk Manila di pulau terbesar dan paling utara Filipina, Luzon. Walaupun terdapat beberapa buat tempat kemiskinan, bandar ini merupakan salah satu bandaraya kosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya, pendidikan dan industri negara ini. Manila sering disebut Mutiara Orient.

Manila merupakan sebuah daerah metropolitan dengan penduduknya melebihi 10 juta orang. Metropolis ini disebut Metro Manila, tetapi selalunya hanya disebut sebagai Manila oleh orang asing dan selain penduduk sana, terdiri daripada 17 bandar dan kawasan perbandaran. Rencana ini membincangkan bandarnya; lihat Metro Manila untuk rencana mengenai daerah metropolisnya. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 1,846,513 dalam isi rumah 486,293. Ia mempunyai luas 24.98 kilometer persegi dan ketinggian 7.0 meter di atas permukaan laut. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)2 dan poskod 0900–1096.

Bandaraya ini merupakan bandar kedua terpadat di Filipina setelah banddar Quezon, bekas ibu negara Filipina.

Manila dan daerah sekitarnya dijadikan sebagai satu kesatuan sebagai Metro Manila untuk memudahkan pentadbiran daerah pertumbuhan yang agak cepat ini. Kini ini, bandar dan metropolisnya berjaya sebagai pusat budaya dan ekonomi. Tetapi bandar ini juga mempunyai masalah lebihan penduduk, kesesakan dan pencemaran.

Sejarah

Manila merupakan salah sebuah bandaraya yang tertua di Asia. Manila pada zaman pra-Sepanyol adalah sebuah kesultanan Melayu Islam. Islam di Manila Kota Seludong dikatakan berasal dari Brunei semasa zaman keagungan dan perkembangan empayar kesultanan Brunei. Nama MANILA sendiri datangnya dari kalimah Arab iaitu Fiamanillah yang bermaksud "Dalam Lindungan Allah". Walau bagaimanapun Islam tidak dapat berkembang pesat di Manila kerana ancaman Sepanyol yang ketika itu sedang melakukan usaha penyebaran agama Kristian. Serangan kali pertama Sepanyol ke atas Kota Manila adalah pada tahun 1570 dan kali kedua pada tahun 1571. Sepanyol yang diketuai oleh Miguel Lopez de Legaspi telah dapat menjatuhkan kerajaan Islam Manila yang dipimpin oleh Raja Sulaiman. Raja Sulaiman adalah orang pertama mati syahid di Filipina dalam menegakkan kekuasaan Islam.

Kemasukan Sepanyol ke Manila telah menyebabkan semua tanda-tanda Islam di kota tersebut dimusnahkan kecuali satu sahaja iaitu Kubu Intramuros. Penakhlukan Sepanyol ini adalah lanjutan daripada kejatuhan Islam di Kota Granada, Sepanyol pada tahun 1492 dengan misi untuk menghancurkan Islam di Timur. Pertembungan mereka dengan orang Islam Filipina memberi kesempatan kepada mereka untuk menjalankan misi kristianisasi ke atas masyarakat Filipina hingga hampir keseluruhan orang Filipina berjaya dikristiankan dan dengan itu berakhirlah kekuasaan Islam di Pulau Luzon. Semasa berada di bawah penjajahan Sepanyol,Manila telah banyak mengalami perubahan. Manila telah dijadikan ibu negeri Filipina dan dibangaunkan menjadi bandar Zaman Pertengahan seperti di Eropah. Walau bagaimanapun pihak Sepanyol menjalankan perdangan yang terhad dengan dunia luar kecuali dengan Tanah Jajahan Mexico. Perdagangan Geliung (kapal besar) telah diwujudkan antara pelabuhan Manila dengan pelabuhan Acapulco di Mexico. Pada November tahun 1762, British telah menduduki Manila daripada tangan Sepanyol akibat permusuhannya dengan Sepanyol yang menyokong Perancis semasa Perang Tujuh Tahun antara Perancis dengan British. Pada Februari 1763 Manila dikembalikan semula kepada Sepanyol.

Pelabuhan Manila dibuka kepada perdagangan dunia pada tahun 1834 dan telah mengembangkan lagi ekonomi Filipina. Pada tahun 1898. Manila telah ditakluki oleh Amerika Syarikat daripada tangan Sepanyol semasa berlakunya Revolusi Filipina menentang Sepanyol. Di bawah pemerintahan Amerika Syarikat, Manila telah mengalami banyah pembaharuan dari segi ekonomi, sosial dan politik. Pada tahun 1935, Manila telah diisytiharkan sebagai komanwel Filipina selama 10 tahun sehingga tahun 1945. Komanwel ini diwujudkan untuk memimpin Filipina ke arah berkerajaan sendiri di bawah pemerintahan Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh 10 tahun ini, Filipina telah menjadi sebahagian daripada wilayah Amerika Syarikat dan perlu memberi taat setia kepada kerajaan Amerika.Walau bagaimanapun, komanwel ini terhalang apabila Jepun menyerang Filipina pada tahun 1941. Pada 2 Januari 1942, bandar Manila telah jatuh ke tangan Jepun dan rakyat Filipina telah hidup dengan menderita di bawah pentadbiran Jepun. Pada 27 Februari 1945, Manila telah berjaya dibebaskan oleh Amerika Syarikat daripada tangan Jepun sehinggalah Filipina diberikan kemerdekaan rasmi oleh Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946.

Demografi

Kependudukan
Manila
TahunPend.±% setiap
tahun
1903 219,928—    
1918 285,306+1.75%
1939 623,492+3.79%
1948 983,906+5.20%
1960 1,138,611+1.22%
1970 1,330,788+1.57%
1975 1,479,116+2.14%
1980 1,630,485+1.97%
1990 1,601,234−0.18%
1995 1,654,761+0.62%
2000 1,581,082−0.97%
2007 1,660,714+0.68%
2010 1,652,171−0.19%
2015 1,780,148+1.43%
2020 1,846,513+0.72%
Ref: Lembaga Perangkaan Filipina[4][5][6]


Ekonomi


Barangay

Tondo

Binondo

Mapa de kolor na Manila

Quiapo

San Nicolas

Santa Cruz

Sampaloc

San Miguel

Ermita

Intramuros

Malate

Paco

Pandacan

Port Area

Santa Ana

Rujukan

  1. ^ "List of Cities". PSGC Interactive. Bandar Quezon, Filipina: Lembaga Perangkaan Filipina. Dicapai pada 12 November 2016.
  2. ^ Census of Population (2020). "National Capital Region (NCR)". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. PSA. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  3. ^ "PSA Releases the 2021 City and Municipal Level Poverty Estimates". 2 April 2024. Dicapai pada 28 April 2024.
  4. ^ Census of Population (2015). "National Capital Region (NCR)". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. PSA. Dicapai pada 20 Jun 2016.
  5. ^ Census of Population and Housing (2010). "National Capital Region (NCR)". Total Population by Province, City, Municipality and Barangay. NSO. Dicapai pada 29 Jun 2016.
  6. ^ Censuses of Population (1903–2007). "National Capital Region (NCR)". Table 1. Population Enumerated in Various Censuses by Province/Highly Urbanized City: 1903 to 2007. NSO.
  7. ^ "Kadar kemiskinan:". Lembaga Perangkaan Filipina. Dicapai pada 28 Disember 2020.
  8. ^ "Estimation of Local Poverty in the Philippines" (PDF). 29 November 2005.
  9. ^ "2003 City and Municipal Level Poverty Estimates" (PDF). 23 Mac 2009.
  10. ^ "City and Municipal Level Poverty Estimates; 2006 and 2009" (PDF). 3 Ogos 2012.
  11. ^ "City and Municipal Level Poverty Estimates; 2006 and 2009" (PDF). 3 Ogos 2012.
  12. ^ "2012 Municipal and City Level Poverty Estimates" (PDF). 31 Mei 2016.
  13. ^ "Municipal and City Level Small Area Poverty Estimates; 2009, 2012 and 2015". 10 Julai 2019.
  14. ^ Error: Unable to display the reference properly. See the documentation for details.
  15. ^ "PSA Releases the 2021 City and Municipal Level Poverty Estimates". 2 April 2024. Dicapai pada 28 April 2024.

Pautan luar

Didahului oleh
Quezon City
Ibu negara Filipina
1976–kini
Diikuti oleh:
Incumbent
Didahului oleh
Malolos City
Ibu negara Filipina
1901–1948
Diikuti oleh:
Quezon City