Musa I | |
---|---|
Mansa Mali | |
Pemerintahan | s.1312– s.1337 (s. 25 years) |
Didahului oleh | Abubakari II |
Diikuti oleh | Maghan Musa |
Keputeraan | c. 1280 Empayar Mali |
Kemangkatan | s. 1337 (berumur 56–57) Unknown |
Pasangan | Inari Kunate |
Anakanda | Maghan Musa |
Kerabat | DInasti Keita |
Ayahanda | Faga Laye[1] |
Agama | Islam |
Mansa Haji Kanga Musa atau Musa I (s. 1280 - s. 1337[2]) merupakan penguasa setaraf maharaja[3][4][5][6][7] memerintah Empayar Mali, sebuah kerajaan Islam yang pernah wujud di Afrika Barat.
Baginda menjadi penguasa kerajaan yang terkaya di dunia melalui pelombongan emas yang banyak pada zamannya.[8] Malah, baginda ada diterangkan sangat luas kekuasaan dan melimpah ruah kekayaannya sehingga pengetahuan ini diketahui sejauh dunia Barat pada Zaman Pertengahan.
Baginda tidak sahaja mengusaha meluaskan pengaruh agama Islam di kerajaannya yang dianggap pintu kepada ketamadunan di Timur, malah membantu kerajaan baginda mencapai pertumbuhan yang luar biasa mengalakkan bidang seni, sastera dan seni bina tempatan.[9] Zaman kegemilangan kerajaan Mali sangat berkait rapat dengan pemerintahan baginda.
Menurut salasilah hidup raja-raja Mali ditulis Ibnu Khaldun, nenda Musa ialah Abu-Bakr Keita, putera kepada mamanda Sundiata Keita yang mengasaskan kerajaan Mali. Abu-Bakr sendiri tidak menaiki takhta kerajaan itu mahupun anakandanya, Faga Laye.[10]
Musa sendiri dilantik mengikut suatu adat di mana raja yang sedia ada melantik seorang pengganti atau wakil memerintah sambil raja tersebut berangkat menunaikan haji di Mekah ataupun merantau untuk tujuan lain; raja sebelumnya Abubakari Keita II - menurut catatan seorang ilmuwan Mesir, Shihab al-Din al-'Umari - berangkat mencuba nasib berlayar menuju hujung Lautan Atlantik namun tidak muncul kembali.[11]
Musa memulakan perjalanannya ke Mekah menunaikan haji antara tahun 1324 dan 1325;[12][13] anakanda Musa, Magha Keita, dijadikan wakil baginda pada ketika ini.[14]
Rombongan yang mengiringi baginda sangat besar dan lengkap[15] termasuk:
Musa banyak memberikan emas kepada semua orang miskin yang ditemui sepanjang perjalanan baginda termasuk di Kaherah - untuk berjumpa Sultan Al-Nasir Muhammad pada Julai 1324 (ikut takwim Masihi)[17] - dan Madinah. Pembinaan masjid-masjid juga diarahkan pada setiap hari Jumaat waktu perjalanan baginda.[18] Kesemua perlakuan baginda pada waktu ini banyak dicatatkan para sejarawan sezamannya. Ahmad Al-Maqrizi pernah bersemuka dengan Musa menggambarkan raja tersebut berupa " muda berkulit perang dengan lenggok badan yang segak".[19]
Baginda mendapat khabar dalam perjalanan pulang bahawa balatenteranya pimpinan Sagmandia berjaya mengepung Gao serta menahan dua orang putera raja Gao iaitu Ali Kolon dan Suleiman Nar; namun Musa melayan mereka berdua dengan baik malah menaja pengajian mereka bersama isi kerabat baginda di Niani (kini di Guinea moden).[20]
Baginda turut membawa sebilangan cendekiawan dan jurubina Arab ke Mali untuk membantunya membangunkan kerajaannya.[20] Beliau banyak mendirikan masjid dan madrasah bersama para pakar ini, Madrasah Sankore merupakan binaan paling terkenal dalam pelaksanaan tersebut. Timbuktu diambil alih sebagai kota milik baginda yang turut dibangunkan lama-kelamaan menarik perhatian para pedagang dari serata pelusuk Afrika. Madarasah mengembangkan ajaran Islam dari pusat ini sehingga menjadi tumpuan para pelajar[21] dengan sebanyak 250,000 orang pelajar dan kira-kira 1,000,000 buah manuskrip disimpan.[22][23]
Musa mangkat selepas 25 tahun memerintah pada tahun 1337 berusia antara 56 dan 57 tahun.[24]
|hdl-access=
requires |hdl=
(bantuan) On page 256, Jan Jansen writes: "Mansa is generally translated as 'king,' 'ruler' or 'ancestor.' The Griaulians, however, often translate mansa as 'God,' 'the divine principle' or 'priest king,' although they never argue the choice for this translation, which has an enormous impact on their analysis of the Kamabolon ceremony."
The author of Tatrikh al-fattash has Mansa Musa build a new mosque every Friday on his way to Egypt