Maroon 5 | |
---|---|
![]() Maroon 5 semasa 2011 TV Week Logie Awards bersama ahli jelajah, PJ Morton | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Los Angeles, California, AS |
Genre | Pop rock, funk rock, neo soul, alternative rock, pop |
Tahun aktif | 1994 – kini (1994–2001 sebagai Kara's Flowers) |
Syarikat rakaman | A&M/Octone |
Pengkarya berkait | Kara's Flowers, Rihanna, Mary J. Blige, Lady Antebellum, Christina Aguilera, Mac Miller, Wiz Khalifa |
Laman sesawang | www |
Ahli | Adam Levine Jesse Carmichael Mickey Madden James Valentine Matt Flynn |
Bekas ahli | Ryan Dusick |
Maroon 5 merupakan sebuah kumpulan muzik pop rock dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat.[1][2][3] Pada asalnya, kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai Kara's Flowers semenjak mereka berada di sekolah menengah. Antara barisan ahlinya termasuklah Adam Levine, Jesse Carmichael, Mickey Madden dan Ryan Dusick. Mereka telah menandatangani kontrak bersama syarikat Reprise Records dan mengeluarkan album The Fourth World pada tahun 1997. Selepas penjualan album tersebut menjadi hambar, semua ahli kumpulan berpecah dengan syarikat rakaman tersebut dan sebaliknya menghadiri kolej. Pada 2001, kumpulan ini telah ditubuhkan semula dan menambah seorang ahli baru, James Valentine ke dalam barisan ahli mereka dan meneruskan hala tuju yang baru di bawah nama Maroon 5.[4]
|work=
(bantuan)