Media sosial (bahasa Inggeris: social media , disingkatkan sebagai Medsos) adalah sejenis media yang digunakan terus secara bertalian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi kandungan tersendiri. [1] Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.[2]
Ia datang dalam pelbagai format termasuk blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia maya di mana ia membolehkan pemuatnaikan dan perkongsian karangan, gambar, video, audio dan grafik sesama rakan sepengunaan yang boleh memberi maklum balas secara terbuka dalam masa yang lebih cepat dan tidak terhad ruang berbanding media tradisional (termasuk percetakan dan penyiaran).[3]
Wahana media sosial itu secara umum sering berubah ansur mengikut perkembangan teknologi semasa. Ada yang berpendapat daripada kepelbagaian ini bahawa ia masih boleh dihubungkaitkan melalui kemampuan ia menghubungkan maklumat disampaikan sesama manusia, namun ia dilihat terlalu taksa memandangkan logik ini turut boleh dipakai untuk merangkumkan teknologi lama dan lebih mudah seperti telegraf atau telefon sebagai media sosial.[4]
Walaupun begitu, golongan pakar pemasaran dan mereka yang sangat arif dalam teknologi sebegini sebulat suara bahawa sesuatu social media boleh dimasukkan dalam jenis-jenis yang berikut:[5]
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); |access-date=
requires |url=
(bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan IJMR Article
tidak disediakan|edition=
has extra text (bantuan)Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Media sosial |