Dato' Mohd. Salleh Man DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Permatang Pasir | |
Dalam jawatan 25 Ogos 2009 – 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Hamdan Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Muhammad Faiz Fadzil |
Majoriti | 6,827 (PRU-13) 4,551 (PRK 2009) |
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Didahului oleh | Mohamad Sabu |
Digantikan oleh | Mohamad Sabu |
Dalam jawatan 2003–2007 | |
Didahului oleh | Mohd Hamdan Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Mohamad Sabu |
Butiran peribadi | |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Anak-anak | 5 |
Pekerjaan | Ahli akademik, Ahli politik |
Dato' Mohd Salleh Man ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Permatang Pasir selama dua penggal (2009-2018) dan mantan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Beliau berasal dari Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau sudah beristeri dan mempunyai 5 orang cahaya mata.
YB Ustaz Salleh Man mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh Seberang Perai dan kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Beliau juga mempunyai kelulusan 5 Thanawi yang dipelajarinya dari Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Seberang Perai. Selepas pengajian menengah beliau pergi Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan dan akhirnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Masjid dan juga menjadi penceramah Bebas. Beliau juga pernah menjadi pengurus sekolah swasta.
Di antara jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau termasuklah:-