Mohd Shafie Ngah
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Sungai Ramal
Memegang jawatan
Ogos 2023
Didahului olehMazwan Johar
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
24 November 2014 – 9 Mei 2018
Didahului olehNik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan olehMohd Khairuddin Othman
Kawasan pilihan rayaBangi
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Bangi
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehShafie Abu Bakar (PAS)
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Butiran peribadi
Lahir (1966-08-21) 21 Ogos 1966 (umur 57)
Sekinchan, Selangor
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Anak-anak5 (4 lelaki 1 perempuan)
ProfesionPeguam
Laman web rasmiShafie Ngah

Mohd Shafie bin Ngah ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor. Di Peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Sebelum terlibat secara langsung dalam politik, beliau merupakan seorang pensyarah di beberapa IPT tempatan serta Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & Peguam Cara Syariah) sejak dari Januari 2011.

Kerjaya

Pengalaman Bekerja

Pensyarah UiTM Shah Alam (1990 - 1992)

Pensyarah sambilan Universiti Malaya (1992 - 1994)

Peguam Syarie (1995 - 2013)

Pengalaman Rundingcara

Aktiviti Kemasyarakatan

Politik

Beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding buat kali pertama pada pilihan raya umum Ke-13 di Kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor N26 Bangi.

YB Ustaz Hj. Mohd Shafie telah berjaya menewaskan calon dari Parti UMNO, Barisan Nasional, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria iaitu rakan sekelasnya di Universiti Malaya dahulu [1] yang juga seorang Peguam Syarie dengan majoriti 11,838 undi.

Keputusan pilihan raya

Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 N26 Bangi Mohd Shafie Ngah PAS 29,200 Zaidi Zakaria BN (UMNO) 17,362 11,838
2018 P102 Bangi Mohd Shafie Ngah PAS 33,789 Ong Kian Ming PH (DAP) 102,557 68,768
Liew Yuen Keong BN (MCA) 19,766
Dennis Wan Jinn Woei PRM 215
2023 N26 Sungai Ramal Mohd Shafie Ngah PN (PAS) Mazwan Johar PH (Amanah)

Rujukan

Pautan Luar

Facebook:

Laman web:

Berita: