Monggoh Orow | |
---|---|
Ahli Parlimen Dewan Rakyat untuk Tuaran | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Kalakau Untol |
Digantikan oleh | Yunof Edward Maringking |
Majoriti | 7,174 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tuaran, Borneo Utara (kini Sabah) | 17 Januari 1946
Meninggal dunia | 22 Disember 2019 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Malayaia | (umur 73)
Parti politik | |
Pasangan | Zoy Orow (k. 1970; m. 2019) |
Anak-anak | 2 |
Hubungan | Afdlin Shauki (menantu) |
Alma mater | Universiti James Cook |
Datuk Monggoh Orow (17 Januari 1946 – 22 Disember 2019)[1][2] merupakan seorang ahli politik dan atlet Malaysia. Beliau ialah bekas ahli parlimen Tuaran, Sabah dari 1990 hingga 1995.[3]
Dari 1990 hingga 1995, Monggoh memegang jawatan sebagai ahli parlimen Dewan Rakyat selama sepenggal di Tuaran. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Pelestarian Bahasa Lotud Sabah, selain aktif sebagai ahli Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).[4][5] Selain itu, beliau pernah memegang jawatan termasuk Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Presiden Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK).[6]
Dalam pertubuhan pelestarian bahasa Dusun Lotud pula, Monggoh bergiat sepenuh masa membuat penyelidikan dan pendokumentasian bahasa ibundanya sehingga berjaya menerbitkan Hatod Suang Lotud dalam bentuk kamus.[4] Selain memegang jawatan dalam kerajaan, Monggoh juga ialah penaung Kelab Atletik Tuaran dan presiden Persatuan Atletik Amatur Sabah.[7] Beliau juga pernah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS).[7]
Selain sebagai ahli politik, Monggoh juga bergiat aktif dalam sukan apabila beliau memecahkan rekod dalam rintangan 400m, menewaskan Mansor Diman pada 1987.[7][8]
Tahun | Kawasan | Undian | Peratus | Pembangkang | Undian | Peratus | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | P137 Tuaran | Monggoh Orow (PBS) | 12,065 | 71.15% | Ubing Pangiran @ David (AKAR) | 4,891 | 28.85% | 16,956 | 7,174 | 62.38% | ||
1995 | P149 Tuaran | Yunof Edward Maringking (PBS) | 12,912 | 55.53% | Monggoh Orow (BN) | 10,342 | 44.47% | 23,254 | 2,570 | 72.73% |
Monggoh ialah bekas graduan Universiti James Cook, Australia.[8] Beliau berkahwin dengan Zoy Orow yang berbangsa Yunani pada 1970 dan dikurniakan dua anak.[4][8] Anak perempuannya, Christina berkahwin dengan pelakon Afdlin Shauki.[7]
Beliau meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Queen Elizabeth I pada 22 Disember 2019 pada usia 73 tahun.[4][7][10] Monggoh sebelum ini juga turut menghidapi pelbagai komplikasi penyakit. Jasad mendiang dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tagai, Tuaran untuk tujuan upacara penghiburan lalu dibawa ke Pusat Pengurusan Jenazah Yayasan Khairat Kematian Fook Lu Siew di Likas, Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir serta pembakaran mayat pada 24 Disember.[11]