Nikotin (atau nikotina) ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau (daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi). Sebanyak 0.6–3.0% daripada berat kering tembakau dianggarkan terdiri daripada nikotin.[1] Kandungan nikotin yang berjumlah surih juga ditemui dalam tumbuhan famili Solanaceae termasuk tomato, terung, ubi kentang, dan lada hijau.[2][3][4]
Nikotin merupakan racun saraf manjur (potent nerve poison) dan digunakan di dalam racun serangga[5][6] kerana sifatnya yang beracun kepada sebarang haiwan yang berkemungkinan akan memakan tumbuhan yang mengandungi bahan ini.
Ia sangat menagihkan, di mana setiap batang rokok mengandungi 2 mg nikotin yang diserap. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai bahan perangsang dalam mamalia, maka kandungannya dalam rokok merupakan salah satu sebab utama rokok digemari dan dijadikan tabiat selain tembakau mentah. Walau bagaimanapun, kandungan nikotin yang tinggi (dari 50 hingga 100 mg) boleh mendatangkan bahaya kepada badan manusia.[7][8][9]
Fomula kimia untuk nikotin ialah C10H14N2.
Di dalam sistem IUPAC, namanya ialah 3-(2-(N-methylpyrrolidinyl)) pyridine.
Nikotin ialah bahan larut air dan boleh diekstrak dengan membiarkan hirisan tembakau direndam dalam air selama 12 jam.
Nikotin boleh merangsang dan meningkatkan kegiatan metabolisma badan, kewaspadaan/kecergasan dan ingatan. Sesetengah pengguna nikotin melaporkan bahawa nikotin mempunyai kesan melegakan. Nikotin juga boleh meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah serta mengurangkan selera makan. Pada dos yang lebih besar, nikotin boleh menyebabkan kemuntahan dan loya (nausea).
Pengguna nikotin juga selalunya terlalu bergantung kepada bahan kimia ini. Pada 16 Mei 1998, Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat, C. Everett Koop mengatakan ketagihan nikotin adalah hampir sama dengan ketagihan heroin dan kokaina, tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau. Simptom tarikan yang berlaku termasuk sakit kepala, keresahan dan keterengsaan (irritability). Simptom ini mencapai tahap akut dalam 48 hingga 72 jam dan akan berakhir dalam beberapa bulan atau tahun.
Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk kebergantungan fizikal terhadap nikotin. Kandungan nikotin yang diserap badan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya jenis tembakau, sedutan asap rokok, dan penggunaan penapis/turas.
|dead-url=
(bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Domino1993
|dead-url=
(bantuan)