Nurlaila
Genre
Ditulis oleh
  • Aliff Firdaus
  • Harta Bakar
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit
  • Pn Hajah Bibi Hasnah Binti Mohamad
  • Suraya Elai
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Luqsar Kreatif
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 Februari 2022 – 31 Mac 2022

Nurlaila merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Heykal Hanifah di bintangi oleh Hanna Aqeela dan Aedy Ashraf. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 16 Februari 2022 menggantikan Derhaka Cinta Jebat. [1]

Sinopsis

[sunting | sunting sumber]

Kisah hidup pemuda bernama Imran, anak orang kaya sering bergaduh dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju dengan sikap ayahnya yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang menderita penyakit barah otak.

Imran anak muda yang tidak mahu terikut dengan ayahnya dan mahu membina hidup sendiri sememangnya sentiasa panas bila berhadapan dengan Khalid. Mereka berdua sering bertelagah dan tidak pernah sependapat. Di tengah pergolakan itu akan ada Aina yang seringkali mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan hubungan anak beranak itu.

Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara, setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung bernama Nurlaila. Laila sebenarnya sedang melarikan diri daripada konco bapa ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur.

Imran menyelamatkan Laila dan memberinya tempat menumpang teduh. Laila rasa terhutang budi terhadap lelaki itu. Hubungan mereka mulai rapat namun Laila sedar akan kedudukannya.

Satu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. Dia terfikirkan Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan hutang keluarganya dengan Pak Tono.

Sementara itu Khalid mula tidak senang duduk mula merancang banyak muslihat dalam fikirannya semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu Imran hidup bahagia sampai bila-bila.

Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya.

Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. Apakah sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta Imran dan Laila?

Pelakon

[sunting | sunting sumber]

Watak Sampingan

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Nurlaila MyInfoTaip. Dicapai 16 Februari 2022.