Omar Rojik | |
---|---|
Kelahiran | Omar bin Ali 23 November 1925 |
Meninggal dunia | 4 Mei 1997 | (umur 71)
Sebab kematian | Sakit kejang otot |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis |
Tahun aktif | 1951–1997 |
Kampung asal | Seberang Perak, Kedah |
Pasangan | Norsiati Omar |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Raonah Senapi |
Bapa | Ali Ibrahim |
Omar Rojik (lahir Omar Ali; 23 November 1925 – 4 Mei 1997) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Singapura dan Malaya semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.[1][2][3]
Beliau berasal dari Kedah dan dilahirkan pada 23 November 1925 di Seberang Perak, Alor Star dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris sehingga darjah tiga. Ketika di sekolah, beliau pandai bermain alat muzik iaitu dengan cara menghafal sajak di samping gemar membaca novel dari Indonesia. Tamat saja persekolahan beliau telah mula bekerja di sebuah bengkel PWD, memasuki angkatan belia dan berkerja memperbaiki enjin kapal terbang semasa pendudukan Jepun.[4][5] Di samping itu, beliau juga pernah terlibat dengan parti politik di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau telah berhijrah ke Singapura di mana ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah mendapatkan nya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions Ltd (MFP). Dari situlah beliau mula mengenali dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar[6].
Omar juga berbakat dalam bidang penulisan dan merupakan penulis cerita asal bagi filem Dr. Rushdi, Antara Dua Darjat dan Semerah Padi.[7]
Omar Rojik berkahwin dengan pelakon Norsiati Omar yang berasal dari Butterworth dan mempunyai 4 orang anak.
Beliau meninggal dunia pada 4 Mei 1997 di rumah anaknya di Klang, Selangor ketika berusia 71 tahun akibat sakit kejang otot.[8]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Rayuan Sukma | ||
Manusia | |||
1952 | Anjoran Nasib | Pembantu Haji Salleh | |
1953 | Istana Impian | ||
1954 | Pawang | ||
Panggilan Pulau | Kapten | ||
1955 | Insan | Omar | |
1957 | Mogok | ||
1958 | Matahari | Kapten Nakamura | |
Sarjan Hassan | Ketua Kempeitai | ||
1963 | Nasib Si Labu Labi | Juri Pertandingan Ratu Kebaya 4 | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk |
---|---|
1960 | Sumpah Wanita |
Pertarongan | |
1961 | Panji Semerang |
Singapura Dilanggar Todak | |
1963 | Kasih Tanpa Sayang |
Pilih Menantu | |
1964 | Jeritan Batin |
Siapa Besar | |
1965 | Sayang Si Buta[9] |
Taqdir[10] | |
1966 | Dahaga |
Aksi Kuching | |
1968 | Teratai |
Miang Miang Keladi | |
1969 | Keranda Jingga |
Lanang Sejagat | |
1970 | Tuah Badan |
1971 | Durjana |
1972 | Angkara |
Anak Ku Suami Ku | |
1973 | Satria[11] |
1974 | Anak Setan |
Puaka | |
Semambu Kuning | |
1975 | Si Buta |
1978 | Gila-Gila |
1981 | Si Luncai |
1983 | Sayang Ibu |
Mat Salleh Pahlawan Sabah | |
1984 | Talak |
1986 | Rumah Maut |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1956 | Semerah Padi | Cerita asal |
1959 | Dandan Setia | Lakon layar |
Batu Belah Batu Bertangkup | Lakon layar | |
1960 | Sumpah Wanita | Lakon layar |
Antara Dua Darjat | Cerita dan lakon layar | |
Megat Terawis | Lakon layar | |
1970 | Dr. Rushdi | Cerita asal |
1975 | Si Buta | Lakon layar |
Tahun | Tajuk |
---|---|
Seorang Tua di Kaki Gunung |