Otto Schniewind | |
---|---|
![]() Schniewind pada tahun 1933 | |
Kelahiran | Saarlouis | 14 Disember 1887
Meninggal dunia | 26 Mac 1964 Linz am Rhein | (umur 76)
Kesetiaan | ![]() ![]() ![]() |
Perkhidmatan | ![]() ![]() ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1907–1945 |
Pangkat | Generaladmiral |
Unit | SMS Leipzig SMS Augsburg SMS Magdeburg |
Arahan | Kapal kruiser Köln Ketua Staf Tentera Laut Jerman Panglima Armada Jerman |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Otto Schniewind (14 Disember 1887 – 26 Mac 1964) ialah seorang Laksamana Jeneral (Generaladmiral) Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross (Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes ). Beliau adalah Ketua Staf Tentera Laut yang merancang kempen ketenteraan maritim pada kemenangan awal Jerman di Eropah.
Schniewind memasuki Kaiserliche Marine pada tahun 1907 sebagai seorang kadet. Semasa Perang Dunia Pertama beliau berkhidmat sebagai komander bot torpedo. Apabila armada Jerman menyerah kepada pihak British beliau memerintah skuadron bot torpedo, dan mengambil bahagian dalam peristiwa Melubangtenggelamkan armada Jerman di Scapa Flow, selepas itu beliau telah dipenjarakan oleh tentera British.
Selepas dibebaskan Schniewind terus berkhidmat dalam Reichsmarine. Dari tahun 1925 hingga 1926 beliau berkhidmat sebagai adjutan kepada Menteri Perang Otto Gessler. Pada tahun 1932 Schniewind menjadi nakhoda kapal kruiser ringan Köln. Pada tahun 1934 Schniewind telah dilantik ke fungsi staf lain. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda pada tahun 1937 dan Laksamana Madya pada tahun 1940.
Beliau berkhidmat sebagai Ketua Staf Seekriegsleitung dari 31 Oktober 1938 hingga 12 Jun 1941. Selepas tenggelamnya Bismarck Schniewind telah dilantik sebagai pengganti Günther Lütjens (Panglima Armada Jerman) yang telah terkorban bersama kapalnya itu. Pada tahun 1943 Schniewind menjadi Panglima Markas Wilayah Laut Utara (Marinegruppenkommandos Nord). Pada 1 Mac 1944, Schniewind telah dinaikkan pangkat ke Generaladmiral. Pada 30 Julai 1944, Schniewind telah digugurkan daripada jawatan dan selepas itu tidak lagi diberi tugas sehingga perang berakhir.
Selepas Perang beliau telah ditahan dan didakwa dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi untuk peranannya dalam serangan ke atas Norway (Operasi Weserübung) tetapi beliau dilepaskan dan dibebaskan dari penjara. Dari tahun 1949 hingga 1952 beliau berkhidmat dengan Pasukan Sejarah Tentera Laut di Bremerhaven.
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|trans_title=
ignored (bantuan)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh tiada |
Ketua Staf Seekriegsleitung Oktober 1938 – 10 Jun 1941 |
Diikuti oleh: Laksamana Kurt Fricke |
Didahului oleh Laksamana Günther Lütjens |
Panglima Armada Kriegsmarine Jun 1941 – Julai 1944 |
Diikuti oleh: Laksamana Wilhelm Meendsen-Bohlken |