Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi Volkspartij voor Vrijheid en Democratie | |
---|---|
Pemimpin | Mark Rutte |
Pengerusi | Christianne van der Wal |
Ketua di Senat | Annemarie Jorritsma |
Ketua di Dewan Perwakilan | Klaas Dijkhoff |
Ketua di Parlimen Eropah | Hans van Baalen |
Presiden Senat | Ankie Broekers-Knol |
Ditubuhkan | 24 Januari 1948 |
Gabungan | Parti Kebebasan dan Jawatankuasa-Oud |
Ibu pejabat | Thorbeckehuis Laan Copes van Cattenburch 52 The Hague |
Sayap belia | JOVD |
Kumpulan pemikir | Yayasan Telders |
Ideologi | Liberalisme konservatif,[1][2] Liberalisme ekonomi |
Kedudukan politik | Pertengahan kanan |
Penggabungan Eropah | European Liberal Democrat and Reform Party |
Penggabungan antarabangsa | Liberal International |
Kumpulan Parlimen Eropah | Alliance of Liberals and Democrats for Europe |
Warna | Biru dan Jingga |
Senat | 16 / 75
|
Dewan Perwakilan | 41 / 150
|
States-Provincial | 112 / 566
|
Parlimen Eropah | 3 / 26
|
Laman sesawang | |
www.vvd.nl | |
Politik Belanda Parti politik Pilihan raya |
Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi (Belanda: Volkspartij voor Vrijheid en Democratie , VVD), kadangkala dirujuk media sebagai Liberal Belanda,[3][4] ialah sebuah parti politik liberal-konservatif[1][2][5][6][7][8][9][10][11] di Belanda.
VVD menyokong perusahaan swasta di Belanda dan liberalisme ekonomi.[12][13] Selepas kabinet Balkenende keempat dibentuk, VVD menjadi parti pembangkang kedua terbesar di Dewan Perwakilan Belanda. Semasa pilihan raya umum Belanda 2010, VVD mendapat undi terbanyak dan memenangi 31 daripada 150 kerusi dalam Dewan Perwakilan. VVD merupakan parti kanan dalam kerajaan campuran minoriti pertengahan kanan bersama dengan Christian Democratic Appeal (CDA) di bawah pimpinan ketua parti VVD Mark Rutte. Rutte telah menjadi ketua VVD sejak 31 Mei 2006.
Majoriti parlimen kabinet Rutte telah diberikan oleh Parti untuk Kebebasan (PVV) pimpinan Geert Wilders, namun majoriti menjadi tidak stabil selepas parti Wilders enggan menyokong langkah jimat cermat dalam krisis Euro.[14] Oleh itu, pilihan raya baharu Dewan Perwakilan diadakan pada 12 September 2012.[15] VVD berjaya mengukuhkan kedudukannya dengan menambah 10 kerusi menjadi 41.[16]
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)