Imej rentas kepala seseorang manusia yang dihasilkan melalui pengimejan resonans magnet

Pengimejan resonans magnet (bahasa Inggeris: Magnetic Resonance Imaging, dipendekkan kepada MRI) merupakan satu kaedah pengimejan perubatan yang digunakan untuk menghasilkan gambar organ dalaman dalam organisma hidup dan juga untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur geologi. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan secara pathologi atau perubahan fisiologi tisu hidup dan juga menganggarkan ketelusan batu kepada hidrokarbon. Pengimbas teknik pengimejan ini menggunakan medan magnet, dan gelombang radio untuk menghasilkan imej dalaman badan, berbanding imbasan tomografi berkomputer yang lebih menggunakan sinar-X dan sinaran pengion.

Mekanisme

Individu yang hendak diteliti diletakkan dalam pengimbas MRI yang membentuk medan magnet yang kuat sekitar bahagian yang ingin diimbas. Proton-proton (atom hidrogen) dalam tisu badan yang mengandungi molekul air menghasilkan suatu isyarat yang diproses membentuk suatu imej badan.

  1. Tenaga daripada medan magnet yang berayun dipakaikan pada pesakit pada frekuensi resonan yang sesuai.
  2. Atom hidrogen menghasilkan isyarat frekuensi radio yang disukat oleh suatu gegelung penerima. Frekuensi ini boleh diolah untuk memasukkan maklumat kedudukan melalui pempelbagaian medan magnet melalui gegelung kecerunan (gradient coil).
  3. Gegelung ini saling terbuka dan tertutup sehingga bunyinya boleh didengari sewaktu imbasan dijalankan pada pesakit.

Sebuah pengimbas MRI terdiri daripada beberapa komponen tertentu: magnet utama yang mengkutubkan sampel, gegelung baji (shim coil) untuk membetulkan peralihan dalam kehomogenan medan magnet utama, sistem kecerunan yang menempatkan isyarat resonan magnet, dan sistem frekuensi radio yang menguja sampel serta mengesan isyarat NMR yang terhasil. Keseluruhan sistem ini dikawal oleh beberapa buah komputer sampingan.

Pengimejan ini memerlukan medan magnet yang begitu kuat dan sekata. Kekuatan medan magnet ini diukur dalam tesla (T): kebanyakan sistem pengimejan ini beroperasi pada 1.5 T tetapi ada juga sistem gred komersial yang beroperasi pada antara 0.2 dan 7 T. Kebanyakan mesin pengimbas ini mempunyai magnet bersifat superkonduktif yang memerlukan helium cecair. Kekuatan medan yang lebih rendah boleh dicapai melalui magnet kekal, magnet jenis ini sering dipasang pada mesin pengimbas yang direka secara terbuka untuk merawat pesakit yang klaustrafobia.[1]

Bacaan lanjut

Pautan luar

  1. ^ Sasaki M; Ehara S; Nakasato T; Tamakawa Y; Kuboya Y; Sugisawa M; Sato T (April 1990). "MR of the shoulder with a 0.2-T permanent-magnet unit". AJR Am J Roentgenol. 154 (4): 777–8. doi:10.2214/ajr.154.4.2107675. PMID 2107675.