Pensyarah (kata dasar syarah شرح serapan Arab: شَرْح, rumi: syarḥ "penjelasan; penghuraian; penerangan", terbitan kata kerja شَرَحَ baḥatha "menghuraikan; menjelaskan; menerangkan")[1] adalah:
Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan penolong pensyarah ialah assistant lecturer.[3]
Pensyarah kanan merupakan istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris, senior lecturer.[4][5]
Penolong profesor merupakan pensyarah yang tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti.[6]
Profesor madya merupakan pensyarah yang tarafnya di bawah profesor universiti.[7] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah associate professor.[8]
Profesor merupakan tenaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi.[9] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah professor[10] (perhatikan perbezaan ejaan). Profesor digelar juga sebagai mahaguru.[11]
Profesor emeritus merupakan gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan.[12] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah professor emeritus.[13]
Profesor diraja merupakan gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.[14]
Profesor pelawat merupakan profesor yang diundang mengajar dan sebagainya di universiti lain (biasanya di luar negara) untuk suatu tempoh masa tertentu.[15] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah visiting professor.[16]
Profesor adjung merupakan gelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat dan sebagainya yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang, yang dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi.[17][18]