Pinjamkan Hatiku | |
---|---|
Pengarah | Osman Ali |
Dibintangi | Ayda Jebat Shaheizy Sam Farid Kamil Lia Natalia Azizah Mahzan |
Syarikat penerbitan | Aurawhite Global[1] Nuansa Sdn Bhd |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan | 30 November 2017 |
Masa tayangan | 117 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 3.13 juta[2] |
Pinjamkan Hatiku merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2017 yang diarahkan oleh Osman Ali dan dibintangi oleh Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia dan Azizah Mahzan. Filem ini mengisahkan cinta Laila terhadap bekas kekasihnya di kampung, Naufal, setelah mengahwini doktor yang merawati kansernya, Doktor Hasnan. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 November 2017.
Filem ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Laila Safitri yang menghidap penyakit yang membawa maut. Ketika pulang ke kampung halamannya, Laila bertemu semula dengan Naufal yang merupakan rakan zaman kanak-kanaknya. Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Namun begitu kebahagian mereka tidak bertahan lama apabila Naufal tiba-tiba hilang. Selepas peristiwa tersebut, Laila berkahwin dengan doktornya yang bernama Doktor Hasnan, walaupun hati Laila hanya untuk Naufal.
Air Terjun Pelangi di Pahang dijadikan lokasi utama penggambaran.
Pinjamkan Hatiku ditayangkan pada 30 November 2017 di pawagam seluruh negara.
Shazryn Mohd Faizal dan Izwan Mohd. Isa masing-masing daripada mStar dan Kosmo berpendapat filem ini masih mempunyai persamaan dengan filem-filem Osman Ali yang lain dari sudut lakon layar dan tema. Shazryn dan Izwan menerima baik lakonan Ayda Jebat yang masih baru dalam dunia lakonan tetapi Shazryn merasakan lakonan pasangan Ayda dan Shaheizy Sam "sedikit canggung dan cengkaman emosi cinta mereka itu seperti tidak menusuk ke jiwa". Kedua-dua pengulas tersebut memuji sinematografi filem ini yang memilih Air Terjun Pelangi di Pahang, yang dikatakan Izwan sebagai cantik, sebagai latar utama penggambaran.[3][4]
Sehari selepas filem tersebut ditayangkan di pawagam, sebuah rakaman langsung filem tersebut telah dibuat di Kuala Terengganu yang kemudiannya telah disebarkan melalui Facebook Live. Dia telah memohon maaf atas perbuatannya namun penerbit eksekutif filem tersebut, iaitu Datuk Saiful Safwan Mohamed Ghazi telah menyerahkan kes tersebut kepada polis.[2][5]
Tahun | Anugerah | Pencalonan | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Normah Damanhuri | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
Ayda Jebat | Pelakon Wanita Harapan | Tercalon | ||
Nurzaidi Abd Rahman | Lagu Tema Terbaik | Tercalon | ||
Filem (Pinjamkan Hatiku) terbitan Aurawhite Global Sdn Bhd itu merupakan penampilan sulung Ayda memegang watak utama di layar perak.