"Police Entry" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Elizabeth Tan | ||||
Dilancarkan pada | 6 Julai 2018 (Digital) | |||
Dirakamkan pada | 2018 | |||
Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:33 minit | |||
Syarikat | Warner Music Malaysia | |||
Penulis | Hael Husaini, Ezra Kong | |||
Penerbit | Hael Husaini, Ezra Kong | |||
Kronologi Kronologi single Elizabeth Tan | ||||
| ||||
"Police Entry" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Police Entry" merupakan lagu nyanyian Elizabeth Tan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2018 oleh Warner Music Malaysia. Lagu yang berkisarkan gelagat lelaki yang suka berbohong ini merupakan hasil ciptaan bersama oleh Hael Husaini dan Ezra Kong, ia merupakan salah satu daripada dua single yang dikeluarkan oleh Elizabeth pada 2018.[1][2][3]
Sewaktu majlis pelancaran single ini pada 6 Julai 2018, Elizabeth memberitahu ia mengambil inspirasi daripada lagu permainan kejar-mengejar yang dikenali sebagai polis sentri.[4][5][6] Beliau berkata: "Tidak ramai yang boleh jadikan permainan kanak-kanak sebagai lagu. Susunan muzik dan lirik memang sangat menarik. Saya gembira kerana diberikan lagu ini,".[7]
Lagu ini merupakan kerjasama pertama Elizabeth bersama Hael dan Ezra. Beliau menjelaskan penerbitan lagu "Police Entry" mempunyai kaitan dengan hubungan cintanya dengan seorang pemuda Melayu sambil menyatakan "Memang saya tujukan lagu ini kepada penipu itu!".[8][9][10] Dalam temuramah bersama Malaysiakini, Elizabeth berkata beliau tidak mahu "Police Entry" dikaitkan dengan isu semasa atau tokoh yang tertentu, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak yang dihadapkan dengan tuduhan jenayah di mahkamah kerana skandal 1Malaysia Development Berhad.[11]
Muzik video "Police Entry" dimuat naik di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia dan ia diarahkan sendiri oleh Elizabeth.[12] Beliau pada asalnya untuk tampilkan pelakon Zul Ariffin untuk muzik videonya, namun akibat jadual kerja yang tidak menyebelahi mereka, tempat Zul digantikan oleh pelakon Harris Annuar. Penggambaran video muzik dijalankan pada 6 dan 30 Jun 2018, di sebuah gudang di Petaling Jaya. Elizabeth berkata mengenai muzik video "Police Entry": "Dalam imaginasi saya, video muzik ini berkonsep gabungan tarian filem Burlesque dan K-pop. Saya mahu lenggok tarian ditampilkan lebih ghairah. Atas alasan itu saya mencampurkan kedua-dua gaya tarian terbabit,".[13]
"Police Entry" dipersembahkan secara langsung buat pertama kali oleh Elizabeth dalam rancangan Pop Express di ntv7 dan dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria.[14]
"Police Entry" dipersembahkan oleh Baby Shima dalam minggu terakhir konsert Big Stage pada 23 September 2018.[15]
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 6 Julai 2018 | Muat turun digital[16] Media penstriman[17] |
Warner Music Malaysia |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Lagu MeleTOP | Tercalon |
Single |
|
---|---|
Single promosi | |