Politeknik Kuching Sarawak
MotoPoliku Sayang Tanggungjawabku
Ditubuhkan pada1987
Jenis sekolahInstitut Pengajian Tinggi Politeknik
Pengarah terkiniEncik Samsudin bin Mohd. Saleh
Timbalan Pengarah (Akademik)Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Encik Mohd. Nezuan bin Othman
LokasiKM 22 Jalan Matang, Kuching Sarawak
Laman webhttp://www.poliku.edu.my

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) adalah politeknik ke-5 ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. PKS menawarkan 13 program di peringkat diploma dengan diterajui oleh Encik Samsudin bin Mohd Saleh sebagai Pengarah terbaru berkuatkuasa pada 12 Jun 2023 bagi menggantikan Encik Hikmatullah bin Hajid Ahmad Khan yang bersara wajib pada 11 Jun 2023.

Sejarah

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya selaras dengan objektif untuk menampung keperluan sumber tenaga kerja terlatih dalam memenuhi aspirasi negara ke arah perindustrian, seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia. Pada peringkat awal penubuhannya, PKS beroperasi di sebuah bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching dengan peneraju utamanya Encik Mustapa Bin Mohamed sebagai Pengetua pertama. Perkembangannya diikuti pemilihan kampus tetap oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu di kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan tanah seluas 112 ekar. Terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat Bandaraya Kuching serta kedudukannya di Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah memberikan satu persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar.

Pada peringkat awal pengambilan pertama pelajar iaitu pada Julai 1989, seramai 204 pelajar telah ditawarkan tempat. Kursus-kursus yang ditawarkan pada ketika itu adalah seperti berikut :

Misi

1. Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.

2. Menghasilkan graduan yang seimbang, holistik dan berkualiti berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan.

Visi

Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industry menjelang tahun 2020.

Piagam Pelangan

Jabatan akademik di PKS

Program yang ditawarkan di PKS

Pautan luar

  1. Laman Web Rasmi PKS (http://www.poliku.edu.my/v3/)
  2. Facebook PKS (http://www.facebook.com/politeknik.kuching.sarawak)