PES (Pro Evolution Soccer)
Logo PES
GenreSukan
Bola sepak
PembangunKonami
PenerbitKonami
PlatformSekarang:
Microsoft Windows, Xbox 360, Xbox One, PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation Portable, Nintendo 3DS, iOS, Android
Dahulu:
PlayStation, GameCube, Xbox, Game Boy Advance, Nintendo DS, Windows Phone 7, PlayStation 2, Wii
Keluaran pertamaPro Evolution Soccer
23 November 2001
Keluaran terkiniPro Evolution Soccer 2021
15 September 2020

Pro Evolution Soccer atau dikenali di Jepun sebagai World Soccer: Winning Eleven (ワールドサッカーウイニングイレブン, Wārudo Sakkā Uining Ireben) ialah siri permainan video bola sepak yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Konami. Siri ini dihasilkan di bawah pengawasan Shingo "Seabass" Takatsuka.

Setiap tahun, permainan ini dikeluarkan pada akhir bulan September dan/atau awal Oktober dengan dua gelaran yang berbeza: World Soccer: Winning Eleven di Jepun, dan Pro Evolution Soccer di negara lain. Versi Jepun ialah versi tempatan yang termasuk liga bola sepak tempatan. Pada tahun 2007, permainan itu mula menggunakan permainan gelaran "Winning Eleven: Pro Evolution Soccer" untuk pasaran Amerika, yang kemudiannya diubah menjadi "Pro Evolution Soccer" pada tahun 2008.

Pemain Portugis, Cristiano Ronaldo telah menjadi model untuk kulit depan DVD dalam setiap permainan yang dikeluarkan serta untuk iklan dan media promosi lain dari 2012 hingga 2014. Beliau kemudian digantikan oleh Mario Götze bagi tahun 2015 yang kemudian pula digantikan oleh Neymar dan Álvaro Morata bagi tahun 2016.

Sehingga Disember 2011, Pro Evolution Soccer telah diterjemahkan ke dalam 19 bahasa dan boleh didapati di 62 buah negara. Setakat Disember 2012, siri permainan dijual hingga 81.65 juta salinan di seluruh dunia, menjadikannya salah satu permainan terlaris di dunia

Siri permainan

Goal Storm/International Superstar Soccer

Goal Storm/Winning Eleven

International Superstar Soccer Pro/Winning Eleven 2

International Superstar Soccer 98/Winning Eleven 3

International Superstar Soccer: Pro Evolution/Winning Eleven 4

International Superstar Soccer 2: Pro Evolution/Winning Eleven 2000

Pro Evolution Soccer

Pro Evolution Soccer/Winning Eleven 5

Pro Evolution Soccer 2/Winning Eleven 6

Pro Evolution Soccer 3/Winning Eleven 7

Pro Evolution Soccer 4/Winning Eleven 8

Pro Evolution Soccer 5/Winning Eleven 9

Pro Evolution Soccer 6/Winning Eleven 10

PES 2008

PES 2009

PES 2010

PES 2011

PES 2012

PES 2013

PES 2014

PES 2015

PES 2016

PES 2017

PES 2018

PES 2019

PES 2020

PES 2021

Pautan luar

• Muat Turun PES 2020 Google Play Android.Beri Perhatian Bahawa Permainan Ini Berukuran 1.9 GB.Pastikan Telefon Anda Mempunyai Ruang Yang Cukup Untuk Memuat Turun.