Rantau Panjang
Rata Panje
Daerah
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiرنتاو ڤنجڠ
 • Tulisan Thaiรันเตาปันจัง
ราตาปันเจ
 • Tulisan Cina长距离
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Kelantan
Jajahan Pasir Mas
Daerah Rantau Panjang
BandarBandar Pasir Mas
Poskod
17200

Rantau Panjang (Jawi: رنتاو ڤنجڠ, Kelantan-Pattani: Rata Panjae/ราตาปันเจ, Bahasa Thai: รันเตาปันจัง) ialah sebuah daerah dan bandar di Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. Rantau Panjang merupakan sebuah bandar yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.

Rantau Panjang terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam dan Ekais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Pelbagai barangan boleh dibeli di sana termasuk pakaian, makanan, peralatan kelengkapan rumah dan lain-lain. Juga terdapat pelbagai kedai makan di kawasan sekitar yang boleh dilawati.

Pusat Beli-belah Rantau Panjang

Tempat Menarik

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Antara Kawasan Atau Lokaliti Yang Ada

Rantau Panjang mempunyai 7 buah Mukim iaitu Mukim Rantau Panjang, Mukim Lubok Gong, Mukim Gual Nering, Mukim Lubok Setol, Mukim Telaga Mas, Mukim Bakat dan Mukim Rahmat.