DJ Lin | |
---|---|
Kelahiran | Roslinda binti Abdul Majid 31 Disember 1975 |
Pekerjaan | Penyampai radio, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2004–kini |
Majikan | Star Media Radio Group (2006–kini) |
Anak-anak | 2 |
Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin (lahir 31 Disember 1975)[1] merupakan seorang penyampai radio dan penyanyi wanita Malaysia.[2] Beliau merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM dan terkenal kerana rancangan radio Suria Cinta yang dikendalikannya.[3]
DJ Lin merupakan lulusan dalam bidang Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[4]
Roslinda, lebih dikenali umum sebagai DJ Lin memulakan kerjaya awalnya di Best 104 sebelum berpindah ke Suria FM.
Pada 1 Jun 2006, beliau menyertai Suria FM yang mana beliau mengendalikan rancangan Suria Cinta pada setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 8 malam hingga 1 pagi.[5] Suria Cinta membincangkan topik perhubungan dan percintaan. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengurus Program di Suria serta memegang jawatan baharu di dalam pengurusan Star Radio Group.[6][7]
Pada November 2011, DJ Lin memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single solo pertamanya, "Ranting Kenangan" yang dicipta oleh Eddie Hamid dan ditulis oleh Ku Seman Ku Hussein.[8]
Beliau juga mengendalikan rancangan Apa Itu Cinta yang membincangkan tentang kisah cinta selebriti popular tanah air. Ia meraih 500,000 tontonan di Facebook rasmi Suria FM.[9]
DJ Lin merupakan anak ketujuh dari 10 beradik, lahir dan membesar di Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan ibu tunggal kepada dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Bapanya meninggal dunia pada 2000. Ibunya, Puteh Jantan mengalami bengkak jantung dan air memenuhi badan terutama paru-paru akibat kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik. Abangnya Ismail Abd Majid, meninggal dunia secara tiba-tiba akibat tekanan darah tinggi melampau sehingga pembuluh darah dikepalanya pecah pada 6 November 2017 pada 51 tahun.[10]
DJ Lin menjalani pembedahan membuang fibroid, iaitu ketumbuhan di pangkal rahim pada 1 Mei 2019. Beliau dinasihatkan oleh doktor agar berehat selama satu atau dua bulan.[11]
Tahun | Tajuk |
---|---|
2013 | "Ranting Kenangan"
|
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
1 Jun 2006 – kini | Suria Cinta | Suria |
Tahun | Anugerah | Kategori | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Anugerah Sri Angkasa 2010 | Penyampai Radio Wanita Terbaik | Menang |
2012 | Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 | Kesatria Puteri Penyampai Radio | Penerima |
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 | Penyampai Radio Wanita Popular | Tercalon |
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 | Penyampai Radio Wanita Popular | Tercalon |
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Penyampai Radio Wanita Popular | Menang |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Penyampai Radio MeleTOP | Tercalon |
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Penyampai Radio Popular | Menang |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyampai Radio Popular | Menang |
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Penyampai Radio Popular | Menang |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |