Senarai Model Ubat Penting WHO (atau Senarai Ubat Penting[1]) terbitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengandungi ubat-ubatan yang dianggap paling berkesan dan selamat untuk memenuhi keperluan terpenting dalam sistem kesihatan.[2] Senarai ini sering digunakan oleh negara untuk membantu membangunkan senarai ubat penting tempatan mereka sendiri.[2] Setakat 2016[kemas kini], lebih daripada 155 negara telah mencipta senarai ubat penting di tahap kebangsaan berdasarkan senarai model Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[1] Ini termasuk kedua-dua negara maju dan membangun.[2][3]
Senarai ini dibahagikan kepada item teras dan item pelengkap.[4] Item teras dianggap sebagai pilihan yang paling jimat kos bagi masalah kesihatan utama, dan boleh digunakan dengan sedikit sumber penjagaan kesihatan tambahan.[4] Item pelengkap sama ada memerlukan infrastruktur tambahan seperti penyedia penjagaan kesihatan terlatih atau peralatan diagnostik, atau mempunyai nisbah kos-faedah yang lebih rendah.[4] Kira-kira 25% item berada dalam senarai pelengkap.[5] Sesetengah ubat disenaraikan sebagai teras dan pelengkap.[6] Walaupun kebanyakan ubat dalam senarai tersedia sebagai produk generik, perihal ubat di bawah paten tidak menghalang kemasukan.[7]
Senarai pertama diterbitkan pada 1977, dan terdiri daripada 208 ubat.[8][2][9] WHO mengemas kini senarai setiap dua tahun.[10] Terdapat 306 ubat dalam senarai ke-14 pada 2005,[11] 410 dalam senarai ke-19 pada 2015,[10] 433 dalam senarai ke-20 pada 2017,[12][13] 460 dalam senarai ke-21 pada 2019,[14][15][16] dan 479 dalam senarai ke-22 pada 2021.[17][18] Pelbagai senarai kebangsaan mengandungi antara 334 dan 580 ubat.[5][19] Senarai Ubat Penting (EML) ke-23 telah dikemas kini pada Julai 2023. Senarai ini mengandungi 1200 cadangan untuk 591 ubat dan 103 setara terapeutik.[20]
Senarai berasingan bagi kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun, dikenali sebagai Senarai Model WHO Ubat Penting untuk Kanak-kanak (EMLc), telah dicipta pada tahun 2007 dan berada dalam edisi kesembilannya.[10][21][22][23] Ia dicipta untuk memastikan keperluan kanak-kanak dipertimbangkan secara sistematik seperti ketersediaan formulasi yang betul.[24][25] Semua dalam senarai kanak-kanak juga termasuk dalam senarai utama.[26] Senarai dan nota adalah berdasarkan edisi ke-19 hingga ke-23 senarai utama.[4][12][14][17][27] Huruf α menunjukkan ubat berada dalam senarai pelengkap.[4][14][17] Alternatif terapeutik dengan prestasi klinikal yang serupa disenaraikan untuk beberapa ubat dan ia mungkin dipertimbangkan untuk senarai ubat penting nasional.[17][18] Senarai Ubat Penting Kanak-Kanak Ke-9 telah dikemas kini pada Julai 2023.[23][28]
Komposit berasaskan resin (kelikatan rendah)[nota 186]
Komposit berasaskan resin (kelikatan tinggi)[nota 187]
Perak diamina fluorida
Nota
α menunjukkan ubat itu berada dalam senarai pelengkap, di mana diagnosis atau pemantauan atau latihan khusus diperlukan. Sesuatu item juga boleh disenaraikan sebagai pelengkap berdasarkan kos yang lebih tinggi atau nisbah kos-faedah yang kurang baik.[4][14]
^(Bagi kegunaan bius tulang belakang ketika bersalin untuk mengelakkan hipotensi).
^Paras oksigen perlu tidak lebih 30% untuk mencetus kesedaran bayi usia janin 32 minggu atau kurang.
^Tidak boleh bagi kanak-kanak umur kurang tiga bulan.
^Tidak digalakkan sebagai antiradang kerana kekurangan bukti keberkesanan.
^ abcElakkan penggunaan semasa mengandung dan pada wanita dan kanak-kanak perempuan yang berpotensi melahirkan anak, melainkan rawatan alternatif tidak berkesan atau tidak diterima kerana risiko kecacatan kelahiran yang tinggi dan gangguan perkembangan pada kanak-kanak yang terdedah kepada valproat dalam kandungan.
^Kehadiran kedua-dua kekuatan 25 mg/5 mL dan 30 mg/5 mL pada pasaran yang sama akan menyebabkan kekeliruan dalam preskripsi dan pemberian, dan harus dielakkan.
^Bagi kegunaan sebagai terapi adjunktif sawan separa atau am kalis rawatan.
^Oksamnikuina disenaraikan jika rawatan prazikuantel gagal.
^Penggunaan bagi kanak-kanak berusia kurang 8 tahun hanya bagi jangkitan mengancam nyawa jika tiada alternatif lain.
^Hanya bagi rawatan berandaian bagi kanak-kanak berusia lebih dua tahun dan dewasa.
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, penisilin kalis beta-laktamase (J01CF)
^Kloksasilin, dikloksasilin dan flukloksasilin lebih sesuai bagi pemberian mulut oleh kerana bioketersediaan lebih baik.
^Prokaina benzilpenisilin tidak digalakkan sebagai rawatan barisan pertama sepsis bayi kecuali dalam keadaan mengancam nyawa, dan diberi oleh pekerja kesihatan terlatih dalam kes di mana penjagaan hospital tidak dapat dilakukan.
^Serbuk vankomisin suntikan juga boleh diberi melalui mulut
^Imipenem/silastatin boleh menjadi alternatif bagi jangkitan intraabdomen rumit dan neutropenia berdemam risiko tinggi sahaja, kecuali bagi meningitis bakteria akut bayi, di mana meropenem lebih sesuai
^Bagi rawatan aspergilosis, histoplasmosis, sporotrikosis, parakokidioidomikosis, mikosis disebabkan oleh Talaromyces marneffei dan kromoblastomikosis pulmonari kronik; dan profilaksis histoplasmosis serta jangkitan disebabkan oleh Talaromyces marneffei dalam kalangan pesakit AIDS.
^Bagi rawatan aspergilosis pulmonari kronik dan aspergilosis invasif akut.
^Anidulafungin dan kaspofungin boleh menjadi alternatif
^Amfoterisin liposom B memiliki profil keselamatan lebih baik, dan patut diutamakan dalam pemilihan dan penggunaan berdasarkan ketersediaan dan kos semasa.
^ abDigunakan dalam campuran dengan artesunat 50 mg.
^Hanya digunakan dalam campuran dengan eflornitina bagi rawatan jangkitan Trypanosoma brucei gambiense.
^Kehadiran kedua-dua jenis kekuatan 120 mg/5 mL dan 125 mg/5mL dalam pasaran sama boleh menyebabkan kekeliruan preskripsi dan pemberian, dan patut dielakkan.
^ abEtanersept, golimumab, infliksimab dan sertolizumab pegol boleh menjadi alternatif, termasuk bahan serupa bio dengan mutu disahkan
^Biskut atau pes berkomposisi zat adalah berdasarkan kenyataan bersama PBB terhadap pengurusan malnutrisi akut teruk berasaskan masyarakat dan garis panduan Codex alimentarius.
^Kegunaan masa penyuburan embrio bagi mengelakkan kejadian kecacatan tiub saraf awal.
^Epoetin alfa, beta dan teta; darbepoetin alfa; metoksi polietilena glikol-epoetin beta; dan bahan serupa bio dengan mutu disahkan boleh menjadi alternatif
^Apiksaban, edoksaban dan rivaroksaban boleh menjadi alternatif
^Alternatif termasuk dalteparin dan nadroparin, termasuk bahan serupa bio dengan mutu disahkan.
^Jenis tanpa kekurangan patogen boleh menjadi alternatif
^Kompleks faktor penggumpalan IX boleh menjadi alternatif
^Poligelina boleh suntik 3.5% boleh menjadi alternatif
^ abcCarvedilol dan metoprolol boleh menjadi alternatif
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, terbitan dihidropiridina (C08CA)
^Atenolol, karvedilol dan metoprolol boleh menjadi alternatif. Atenolol tidak patut digunakan sebagai agen barisan pertama dalam hipertansi tanpa komplikasi bagi pesakit berumur lebih 60 tahun.
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, perencat ACE tulen (C09AA)
^Hydralazina disenaraikan hanya bagi kegunaan pengurusan hipertensi akut ketika bersalin. Penggunaan dalam hipertensi lazim tidak digalakkan berdasarkan bukti keberkesanan dan keselamatan lebih baik dalam ubat-ubat lain.
^ abcKlorotiazida, klortalidon dan indapamida boleh menjadi alternatif
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, perencat ACE tulen (C09AA) bagi lisinopril, dan terbitan dihidropiridina (C08CA) bagi amlodipina
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, perencat ACE tulen (C09AA) bagi lisinopril, dan klorotiazida, klortalidon dan indapamidafor bagi hidroklorotiazida
^ abAlternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, penghalang reseptor angiotensin II tulen (C09CA)
^Metildopa disenaraikan hanya bagi kegunaan pengurusan hipertensi ketika bersalin. Penggunaan dalam hipertensi lazim tidak digalakkan berdasarkan bukti keberkesanan dan keselamatan lebih baik dalam ubat-ubat lain.
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, penghalang reseptor angiotensin II tulen (C09CA) bagi telmisartan, dan terbitan dihidropiridina (C08CA) bagi amlodipina
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, penghalang reseptor angiotensin II tulen (C09CA) bagi telmisartan, dan klorotiazida, klortalidon dan indapamidafor bagi hidroklorotiazida
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, perencat ACE tulen (C09AA)
^Bumetanida dan torasemida boleh menjadi alternatif
^Bagi kegunaan pesakit risiko tinggi. Atorvastatin, fluvastatin, lovastatin dan pravastatin boleh menjadi alternatif
^ abFluvastatin, lovastatin dan pravastatin boleh menjadi alternatif bagi atorvastatin
^ abSubkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, perencat ACE tulen (C09AA) boleh menjadi alternatif bagi ramipril
^Atorvastatin, fluvastatin, lovastatin dan pravastatin boleh menjadi alternatif bagi simvastatin
^Bisoprolol, karvedilol dan metoprolol boleh menjadi alternatif bagi atenolol
^Klortalidon, klorotiazida dan indapamida boleh menjadi alternatif bagi hidroklorotiazida
^Subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, perencat ACE tulen (C09AA) boleh menjadi alternatif bagi perindopril
^Subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, terbitan dihidropiridina (C08CA) boleh menjadi alternatif bagi amlodipina
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, terbitan imidazola dan triazola (D01AC), tidak termasuk campuran
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, kortikosteroid kuat (kumpulan III) (D07AC)
^Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, kortikosteroid lemah (kumpulan I) (D07AA)
^Kalsitriol dan takalsitol boleh menjadi alternatif
^Insulin degludek, insulin detemir dan insulin glargina, termasuk bahan serupa bio bermutu disahkan boleh menjadi alternatif
^Kanagliflozin dan dapagliflozin boleh menjadi alternatif
^Glibenklamida adalah tidak sesuai bagi warga emas berumur lebih 60 tahun. Alternatif termasuk subkumpulan bahan kimia ATC tahap keempat, sulfonilurea (A10BB)
^ abKarbimazola boleh menjadi alternatif, bergantung dengan ketersediaan setempat
^Digunakan apabila rawatan barisan pertama tidak sesuai atau tersedia; dan bagi pesakit hamil trimester pertama.
^Digunakan apabila rawatan barisan pertama tidak sesuai atau tersedia
^World Health Organization (1977). The selection of essential drugs: report of a WHO expert committee [meeting held in Geneva from 17 to 21 October 1977]. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/41272. ISBN92-4-120615-2. Technical report series; no. 615.
^ abc"WHO Model Lists of Essential Medicines". World Health Organization. The current versions are the 21st WHO Essential Medicines List (EML) and the 7th WHO Essential Medicines List for Children (EMLc) updated in June 2019.
^ abcdWorld Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
^World Health Organization (2019). Executive summary: the selection and use of essential medicines 2019: report of the 22nd WHO Expert Committee on the selection and use of essential medicines. Geneva. hdl:10665/325773. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.05. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
^ abcdWorld Health Organization (2021). World Health Organization model list of essential medicines: 22nd list (2021). Geneva: World Health Organization. hdl:10665/345533. WHO/MHP/HPS/EML/2021.02.
^ abWorld Health Organization (2021). Executive summary: the selection and use of essential medicines 2021: report of the 23rd WHO Expert Committee on the selection and use of essential medicines: virtual meeting, 21 June–2 July 2021. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/345554. WHO/MHP/HPS/EML/2021.01.
^World Health Organization (2021). The selection and use of essential medicines: report of the WHO Expert Committee on Selection and Use of Essential Medicines, 2021 (including the 22nd WHO model list of essential medicines and the 8th WHO model list of essential medicines for children). Geneva: World Health Organization. hdl:10665/351172. ISBN978-92-4-004114-1. WHO technical report series;1035. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
^World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines for children: 7th list 2019. Geneva. hdl:10665/325772. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.07. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
^World Health Organization (2021). World Health Organization model list of essential medicines for children: 8th list (2021). Geneva: World Health Organization. hdl:10665/345534. WHO/MHP/HPS/EML/2021.03.
^ abWorld Health Organization (2023). The selection and use of essential medicines 2023: web annex B: World Health Organization model list of essential medicines for children: 9th list (2023). Geneva: World Health Organization. hdl:10665/371091. WHO/MHP/HPS/EML/2023.03.
^"Essential Medicines for Children". Clinical Pharmacology and Therapeutics. 101 (6): 718–720. June 2017. doi:10.1002/cpt.661. PMID28182281.
^World Health Organization (2023). The selection and use of essential medicines 2023: web annex A: World Health Organization model list of essential medicines: 23rd list (2023). Geneva: World Health Organization. hdl:10665/371090. WHO/MHP/HPS/EML/2023.02.
^World Health Organization (2023). The selection and use of essential medicines 2023: executive summary of the report of the 24th WHO Expert Committee on Selection and Use of Essential Medicines, 24 28 April 2023. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/371291. WHO/MHP/HPS/EML/2023.01.