Sengauan gelungan ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh ɳ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan n` dalam X-SAMPA. Seperti semua konsonan gelungan yang lain, aksara IPA-nya terbentuk dengan membubuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawah aksara yang digunakan untuk konsonan gusi yang berpadanan, iaitu aksara n yang tertumbuh cangkuk yang menghala ke kanan di bawah batang kanannya.
Ciri-ciri
Ciri-ciri sengauan gelungan:
- Cara artikulasinya adalah hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
- Daerah artikulasinya adalah gelungan, iaitu disebut dengan hujung lidah digelungkan ke atas.
- Jenis pembunyiannya ialah bersuara, iaitu pita vokal bergetar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan sengauan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui hidung.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.