Serangan Iraq ke atas Kuwait | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Teluk dan Konflik Teluk Parsi | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Iraq | Kuwait | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Saddam Hussein | Jaber III | ||||||
Kekuatan | |||||||
88,000[1][2][3] |
Tentera Darat Kuwait 16,000[4] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
39 pesawat (aggr.) 295 mati, 361 cedera ≈120 kereta kebal dan kenderaan berperisai[6] 4 buah kapal karam |
57 pesawat musnah[7] Sekurang-kurangnya 8 buah pesawat ditawan (Mirage F1) 4,200 mati[8][pautan mati] 12,000 ditawan ≈200 kereta kebal musnah/ditawan 850+ kereta berperisai lain musnah/ditawan[9][10][11][12] 17 kapal karam, 6 ditawan[13][14][15] |
Serangan ke atas Kuwait (tulisan Jawi : سراڠن العراق ك اتس الكويت) yang terjadi pada 2 Ogos, 1990 merujuk pada operasi selama dua hari yang dilakukan oleh Iraq ke atas jirannya iaitu Kuwait, yang mengakibatkan pendudukan Iraq di Kuwait selama tujuh bulan. Serangan ini dan keengganan Iraq untuk berundur daripada Kuwait berdasarkan tarikh akhir yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu [16] membawa kepada campur tangan tentera Pasukan Bersekutu PBB yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Peristiwa ini dikenali sebagai Perang Teluk pertama dan mengakibatkan pengusiran tentera Iraq daripada Kuwait dan kebakaran di lebih 600 buah telaga minyak.
Pada awal tahun 1990, Iraq telah menuduh Kuwait mencuri petroleum Iraq melalui penggerudian condong, walaubagaimanapun beberapa sumber Iraq menunjukan keputusan Saddam Hussein untuk menyerang Kuwait telah dibuat beberapa bulan sebelum serangan sebenar dilakukan.[17] Terdapat beberapa sebab lain yang menyokong tindakan Iraq termasuk ketidakupayaan Iraq untuk membayar semula lebih AS$14 bilion yang telah dipinjam untuk membiayai Perang Iran–Iraq, dan kadar pengeluaran petroleum yang lebih tinggi oleh Kuwait menurunkan pendapatan kepada Iraq.[8] Serangan ini bermula pada 2 Ogos 1990, dan dalam masa dua hari kebanyakan Angkatan Tentera Kuwait telah berjaya dikalahkan oleh Pengawal Republik Iraq atau berundur ke negara jiran Arab Saudi dan Bahrain. Kuwait kemudian diilhak, dan Saddam Hussein mengumumkan beberapa hari kemudian bahawa ia menjadi wilayah ke-19 di Iraq]].
Penduduk Kuwait menubuhkan sebuah pergerakan penentangan bersenjata tempatan selepas pendudukan Iraq di Kuwait.[18][19][20] Kebanyakan penduduk Kuwait yang ditangkap, diseksa dan dibunuh semasa tempoh pendudukan ini terdiri daripada orang awam. Kadar korban jiwa di kalangan gerakan penentangan Kuwait jauh lebih tinggi daripada jumlah pasukan tentera Bersekutu dan orang tawanan Barat.[21] Gerakan ini didominasi oleh warganegara biasa yang kekurangan latihan dan pengawasan.[21]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama airCombatInformationGroup
Rencana Iraq | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sejarah |
| |||||||
Geografi |
| |||||||
Politik |
| |||||||
Ekonomi |
| |||||||
Masyarakat |
| |||||||