Sharifah Rose | |
---|---|
Kelahiran | Sharifah Rose Sabrina binti Syed Mohd Mazfira 26 November 1998 |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA University of Wollongong Malaysia |
Pekerjaan | Model, personaliti media sosial, pelakon |
Tahun aktif | 2019–kini |
Terkenal kerana | Hana Aralyn dalam Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021) |
Sharifah Rose Sabrina binti Syed Mohd Mazfira (Jawi: شريفة روس صبرينا بنت سيد محمد مظفيرا; lahir 26 November 1998) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Memulakan kerjaya awal sebagai model dan personaliti media sosial, beliau terkenal menerusi watak Hana Aralyn lakonannya dalam Kekasih Hati Mr Bodyguard (2021)[1][2] dan 3 Nota Cinta (2022) menerusi watak Alisa.[3]
Sharifah Rose dilahirkan pada 26 November 1998 di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Syed Mohd Mazfira Syed Mohd Bakar dan Noraini Dahlan. Bapanya berdarah kacukan Arab, manakala ibunya berdarah kacukan Melayu–Jawa.[4]
Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam, seterusnya memperoleh pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam Asasi Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) seterusnya jurusan Ijazah Perniagaan (Pemasaran) di University of Wollongong Malaysia di Glenmarie, Shah Alam.[5][6]
Sebelum menceburi bidang lakonan, Rose terlebih dahulu bergiat aktif sebagai model pada 2016 selepas tamat Tingkatan 5 dan pernah menjadi model untuk jenama-jenama fesyen muslimah.
Pada tahun 2019, beliau membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Vroom Vroom" nyanyian Nabila Razali, seterusnya membintangi drama pertamanya, Cerita Hantu Asrama yang disiarkan di Astro Prima dengan melakonkan watak Wani.
Rose melakonkan watak Zahra dalam drama Kisah Cinta Rumi yang disiarkan di TV3, tetapi mendapat kejayaan meluas menerusi watak Hana Aralyn lakonannya dalam Kekasih Hati Mr Bodyguard yang menggandingkan beliau bersama Redza Rosli.[7][8]
Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang daripada 5 peserta rancangan realiti Master In The House Malaysia yang disiarkan di TV3. Selain beliau, 3 lagi peserta ialah Scha Elinnea, Andi Bernadee, Meyrasam (ahli kumpulan Cassia) dan Hael Husaini.[9] Rose juga berlakon dalam 3 drama, antaranya ialah 3 Nota Cinta dan Ku Punya Hati.[10]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Cerita Hantu Asrama | Wani | Astro Prima | |
2021 | Kisah Cinta Rumi | Zahra | TV3 | Idea asal |
Kekasih Hati Mr Bodyguard | Hana Aralyn | Adaptasi novel karya Ateen Ahmad | ||
2022 | 3 Nota Cinta | Alisa | ||
Do You Love Me, Captain? | Daneena Durra | Adaptasi novel karya Sophilea | ||
Ku Punya Hati | Rashidah | |||
2023 | Alice Kampung Baru | Siska | Tonton | |
2024 | Dua Darjat | Ariana | TV3 | |
Dulu Dollah Daebak | Doli / Durra |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Tanggang Langgang | Orkid | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2021 | Realiti Cinta | Edlin | WeTV |
2024 | Detik | Irdina | Tonton |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Master In The House Malaysia | Dirinya sendiri | TV3 | |
Sepahtu Reunion Live Al-Puasa | Linda | Astro Warna | Episod: "Karma Sebelah Pintu" | |
Fit For Action | Artis jemputan | TV3 |
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Rangkaian |
---|---|---|---|
2019 | "Vroom Vroom" | Nabila Razali | YouTube Seventeen Eleven Music |
Tahun | Tajuk | Rangkaian |
---|---|---|
2022 | Ucapan Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 | YouTube Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia |
Residensi Prihatin Keluarga Malaysia |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | [11] |
2022 | Anugerah Stail EH! | Selebriti Harapan Pilihan | Menang | ||
2023 | Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | Pelakon Wanita Popular | Kekasih Hati Mr Bodyguard | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktres TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | [12] |