Shin Megami Tensei | |
---|---|
Pembangun | Atlus |
Penerbit | Atlus |
Siri | Megami Tensei |
Platform | Super Famicom, PC, Sega CD, PlayStation, GBA, Virtual Console, TurboGrafx-16 |
Pelepasan | 1992, 1993, 1994 |
Genre | RPG |
Mod | Seorang pemain |
Shin Megami Tensei (真・女神転生 , "Dewi Kelahiran Semula Sebenar") merupakan sebuah judul permainan video berperanan oleh Atlus yang dikeluarkan pada 30 oktober, 1992 untuk beberapa platform. Judul ini asalnya dikeluarkan untuk Super Famicom dan kemudiannya dikeluarkan pada CD Sega. Shin Megami Tensei kemudian diterbitkan semula untuk konsol PlayStation dan Game Boy Advance untuk meningkatkan lagi populariti judul Shin Megami Tensei III. Judul ini merupakan permainan video MegaTen. sebuah judul sambungan kepada Shin Megami Tensei, iaitu 'Shin Megami Tensei II, dikeluarkan pada tahun 1994 dan sambungan kedua iaitu Shin Megami Tensei III: Nocturne dikeluarkan pada tahun 2003.
Judul-judul sampingan termasuklah Persona, Devil Summoner, serta siri Digital Devil Saga.
Rom versi SNES judul ini diterjemah oleh Aeon genesis Translations pada tahun 2002.[1]. Namun begitu, penterjemahan rasmi belum lagi diterbitkan.
Kisah Shin Megami Tensei bertempat di Tokyo pada tahun 199X. Syaitan daripada alam Makai telah memasuki Bumi, dan menyebabkan dunia kehilangan keseimbangan kuasa. Seorang ketua Jepun yang berkarisma telah menggunakan syaitan-syaitan tersebut sebagai tentera dalam angkatannya, memaksa negara Amerika untuk campur tangan dalam hal-ehwal ketenteraannya. Watak para pemain, sebagai hero judul ini, telah terbabit dalam hal ini apabila dia dihantar suatu Program Menyeru Syaitan menerusi e-mel yang membenarkannya untuk berbicara dengan syaitan dan mengambil mereka sebagai rakan seperjuangan, menyimpan mereka sebagai data digital dalam komputernya.
Para pemain harus membuat pilihan akan dunia yang berada di tangan mereka. Patutkah watak mereka memilih golongan malaikat dan mencipta sebuah dunia yang penuh tatasusila dan peraturan yang akan kekal berabad-abad lamanya? Jika tidak, patutkah watak mereka memilih golongan syaitan dan mencipta suatu keadaan kucar-kacir dan huru-hara, ataupun tidak memilih langsung dan menghancurkan semua yang cuba menentangnya?
Judul-judul permainan video Megami Tensei | |
---|---|
Digital Devil Story | Megami Tensei ・ II |
Shin Megami Tensei | Shin Megami Tensei ・ II ・ if... ・ NINE ・ III: Nocturne |
Devil Summoner | Devil Summoner ・ Soul Hackers ・ Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army |
Persona | Revelations: Persona ・ Persona 2 ・ Persona 3 ・ Persona 4 |
Digital Devil Saga | Digital Devil Saga ・ Digital Devil Saga 2 |
Siri-siri lain | Last Bible ・ Majin Tensei ・ Devil Children |
Judul-judul lain | Shin Megami Tensei: IMAGINE ・ Jack Bros. ・ Giten Megami Tensei: Tokyo Mokushiroku |
Anime | Digital Devil Story: Megami Tensei ・ Shin Megami Tensei: Tokyo Mokushiroku / Tokyo Revelation ・ Shin Megami Tensei: Devil Children ・ Persona -trinity soul- |
Manga | Shin Megami Tensei if... ・ Shin Megami Tensei: Khan ・ Majin Tensei ・ Shin Majin Tensei Gaiten Hato no Senki |