Shukery Hashim | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 10 Jun 2009 | (umur 54)
Sebab kematian | Kanser pankreas |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Ampang, Selangor |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1975–2009 |
Pasangan | Faridah Mat Desa |
Anak-anak | 5 |
Shukery Hashim (25 Oktober 1954 – 10 Jun 2009) merupakan pelakon lelaki Malaysia yang banyak bergiat aktif dalam drama dan filem.
Shukery dilahirkan pada 25 Oktober 1954 di Kg Ewa Ayer Hangat Pulau Langkawi, Kedah.[1] Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.
Beliau berkahwin dengan Faridah Mat Desa dan mempunyai 5 orang anak.
Shukery mula berlakon pada 1982. Beliau terbabit dalam drama radio pada 1975 di RTM. Drama lakonannya ialah Azimah (di samping Uji Rashid), Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.
Shukery Hashim meninggal dunia pada 10 Jun 2009, 1.15 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Selangor akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu. Jenazah beliau dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang Selangor.[2]. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, Ampang.