Sindarela
GenreDrama
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Sharifah Amani
Bront Palarae
Remy Ishak
Negara asalMalaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod26
Syarikat penerbitan
us One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal5 Februari 2008 – 29 Julai 2008

Sindarela ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Radius One Sdn Bhd untuk disiarkan dalam slot Lestary TV3, dibintangi Sharifah Amani, Remy Ishak dan Bront Palarae.

Tajuk drama bersiri ini diambil dari tiga watak utamanya iaitu, Sin (Hussein), Dar (Tengku Haidar) dan Ela (Zoela), apatah lagi ada sedikit unsur yang dipinjam dari cerita dongeng Cinderella, di mana watak Zoela yang dipegang oleh Sharifah Amani.[1]

Sinopsis

Kisah berlaku di sekitar kehidupan seorang gadis lasak, Zoela (Sharifah Amani) di tengah-tengah dua jejaka, Hussein (Bront Palarae) dan Tengku Haidar (Remy Ishak). Dari kehidupan seorang anak tiri yang hidup melarat kepada kehidupan seorang puteri, Zoela tidak pernah membayangkan kehidupannya akan berubah dengan serta merta hanya dengan kemunculan seseorang yang tidak dijangka. Zoela tidak pernah menyangka keajaiban itu benar-benar boleh terjadi.

Ikuti kehidupan Zoela, seorang gadis genit gotik yang lasak dan kasar yang sentiasa menjadi mangsa penganiayaan ibu tirinya, Mak Cik Mary dan adik tirinya, Faizul. Di temani oleh rakan baiknya, Naema (Noorkhiriah) dan Butang (Isma Yusoof). Dunia Zoela bertukar sekelip mata. Namun keajaiban tidak semestinya menyeronokkan. Kini dia terpaksa berdepan dengan orang-orang baru yang amat asing dalam hidupnya seperti Zohara (Ifa Raziah), Tasha (Wan Sharmila), Tushee (Iera Syaziera), dan Ayu (Sharifah Sofea).

Pelakon

Cameo

Rujukan

  1. ^ "http://www.budiey.com/drama-sindarela-lakonan-sharifah-amani-bront-palarae/". Sensasi Selebriti. 23 Dis 2007. Dicapai pada 27 Apr 2010. External link in |title= (bantuan)

Pautan luar

TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Sebelumnya Sindarela
(29 Februari – 29 Julai 2008)
Berikutnya
Jelatang Ku Milikmu