Sopak atau vitiligo[4] adalah sejenis keadaan di mana kulit mengalami kehilangan warna atau pigmennya.[5] Keadaan ini berlaku apabila warna asal kulit kelihatan lebih cerah atau putih daripada yang asal.
Satu-satunya tanda sopak ialah kehadiran kawasan tompok pudar pada kulit depigmentasi yang sering berlaku pada bahagian tangan dan kaki.[6][7] Sesetengah orang mungkin mengalami kegatalan sebelum suatu tompok itu berlaku.[8] Tompok-tompok ini pada asalnya kecil, yang kemudiannya membesar dan berubah bentuk.[6][9] Apabila belur (lesi) kulit berlaku, mereka paling menonjol pada muka, tangan dan pergelangan. Kehilangan pigmen kulit amat ketara di sekitar bukaan (orifis) badan seperti mulut, mata, lubang hidung, alat kelamin dan pusat (umbilikus).[6][7] Sesetengah lesi meningkatkan pigmen kulit di sekeliling tepinya.[10] Mereka yang diaibkan oleh keadaan sopak mungkin mengalami kemurungan (depresi) atau kecelaruan angin (mood) yang serupa.[11]
^ abc"Questions and Answers about Vitiligo". Institut Artritis dan Rangka Otot dan Penyakit Kulit Kebangsaan (dalam bahasa Inggeris). Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2016. Dicapai pada 11 Ogos 2016.
^Whitton, M; Pinart, M; Batchelor, JM; dll. (Mei 2016). "Evidence-based management of vitiligo: summary of a Cochrane systematic review". The British Journal of Dermatology (dalam bahasa Inggeris). 174 (5): 962–69. doi:10.1111/bjd.14356. PMID26686510. S2CID38560830.
^"Vitiligo". Cleveland Clinic (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2022. Dicapai pada 2 Disember 2022.
^ abHalder RM (2007). "72. Vitiligo". Dalam Wolff K, Freedberg IM, Fitzpatrick TB (penyunting). Fitzpatrick's dermatology in general medicine (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-7). New York: McGraw-Hill Professional. ISBN978-0-07-146690-5. OCLC154751587.
^Whitton, ME; Pinart, M; Batchelor, J; Leonardi-Bee, J; González, U; Jiyad, Z; Eleftheriadou, V; Ezzedine, K (24 Februari 2015). "Interventions for vitiligo". The Cochrane Database of Systematic Reviews (dalam bahasa Inggeris) (2): CD003263. doi:10.1002/14651858.CD003263.pub5. PMID25710794.
^Halder, RM; Chappell, JL (2009). "Vitiligo update". Seminars in Cutaneous Medicine and Surgery (dalam bahasa Inggeris). 28 (2): 86–92. doi:10.1016/j.sder.2009.04.008. PMID19608058.
^Huggins RH, Schwartz RA, Janniger CK (2005). "Vitiligo"(PDF). Acta Dermatovenerologica Alpina, Pannonica et Adriatica (dalam bahasa Inggeris). 14 (4): 137–42, 144–45. PMID16435042. Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 10 Disember 2006.