Lingkungan Suara |
Suara Wanita
Suara Lelaki
Kaitan |
Sopranis (atau sopranista) ialah penyanyi klasikal lelaki yang mempunyai jenis suara dan daftar tingkat bersamaan dengan suara penyanyi wanita soprano.
Penyanyi sopranis, yang juga sesekala dipanggil sopranista, ialah penyanyi kauntertenor yang boleh menyanyi dalam lingkungan suara soprano, kebiasaannya meliputi dari nota muzik A3 hingga C6 menggunakan lingkungan fizikal yang kadang-kala boleh naik lebih tinggi. Untuk mencapai suara alto, mezzo dan soprano , penyanyi dasar bariton dan dasar tenor perlu memiliki lingkungan luas dan falseto yang efektif, ia bukanlah sesuatu yang mudah sama sekali. Sama seperti kauntertenor, penyanyi sopranis memiliki suara naluri semulajadi (head voice) beserta dengan suara bes (menggunakan suara dada) tanpa memerlukan penggunaan teknik falseto.
Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard |
Secara tepatnya, seorang sopranis ialah penyanyi kauntertenor yang memiliki lingkungan pic Fs dan Cs; dan tingkat daftar mereka bersamaan dengan penyanyi soprano yang juga Fs dan Cs. Lingkungan seorang penyanyi soprano kebiasaannya adalah F#5 dan ke atas, walaupun kadang-kala dibahagikan dari F#5-C6, dan C#6, dan ke atas. Sesetengah sopranis contohnya Philippe Jaroussky, tidak berupaya mencapai lingkungan C untuk soprano (hanya mencapai setakat B5), tetapi sama seperi penyanyi soprano, mereka tidak perlu mencapai nota tersebut untuk membuktikan bahawa mereka adalah soprano berlawanan dengan seorang tenor. Ini adalah kerana, penggunaan teknik falseto atau suara naluri semulajadi dibenarkan untuk soprano, sopranis, alto dan kauntertenor.
Terdapat banyak muzik yang ditulis untuk penyanyi soprano lelaki yang pada masa dahulunya dinyanyikan oleh kastrato, satu jenis suara yang tidak wujud lagi kerana pengembirian kanak-kanak lelaki telah diharamkan sama sekali pada abad ke-19. Sopranis kini adalah amat sukar didapati kerana kebanyakan kauntertenor hari ini adalah penyanyi dalam lingkungan suara alto atau mezzo. Salah satu puncanya ialah kerana ramai kauntertenor awal yang terkenal adalah dari lingkungan suara alto, contohnya Alfred Deller. Selain alto, kauntertenor kemudiannya berkembang kepada “mezzo kauntertenor” seperti David Daniels dan Jochen Kowalski.
Penyanyi sopranis yang terkenal masa kini ialah Aris Christofellis, memulakan persembahan rasmi pada 1980an dan telah merakamkan banyak muzik rakaman.
Penyanyi sopranis masa kini termasuklah:-
(Untuk pemahaman lanjut)