Sundar Pichai | |
---|---|
பிச்சை சுந்தராஜன் | |
Kelahiran | Pichai Sundararajan 12 Julai 1972 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan,Sarjana Muda Sains ,Master Pentadbiran Perniagaan |
Pusat pendidikan | Institut Teknologi India Kharagpur Universiti Stanford Wharton School of the University of Pennsylvania |
Pekerjaan | Ketua pegawai eksekutif Ketua Produk & Ketua Pegawai Eksekutif Google[1] |
Majikan | Google Inc. |
Pasangan | Anjali Pichai |
Anugerah | Padma Bhushan (2022) |
Tandatangan | |
Pichai Sundararajan (lahir 10 Jun 1972[2][3][4]), lebih dikenali sebagai Sundar Pichai, ialah seorang eksekutif perniagaan Amerika kelahiran India.[5][6] Beliau ialah ketua pegawai eksekutif (CEO) Alphabet Inc. dan anak syarikatnya Google.[7]
Pichai telah dipilih menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Google seterusnya pada 10 Ogos 2015, selepas sebelum ini dilantik sebagai Ketua Produk oleh Ketua Pegawai Eksekutif Larry Page. Pada 24 Oktober 2015, beliau melangkah ke jawatan baharu selepas selesainya pembentukan Alphabet Inc., syarikat induk baharu untuk keluarga syarikat Google. Beliau telah dilantik ke Lembaga Pengarah Alphabet pada 2017.[8]
Pichai dilahirkan di Madras (sekarang Chennai),Tamil Nadu, India pada tahun 1972 kepada ibu bapa etnik Tamil, Lakshmi dan Regunathan Pichai.Bapanya Regunathan Pichai adalah seorang jurutera kanan elektrik untuk syarikat konglomerat Amerika, General Electric Company (GEC)
Pada Mulanya, Pichai bekerja dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan produk di syarikat Applied Materials Inc. Beliau juga prnah berkhidmat dalam syarikat McKinsey & Company sebelum berhijrah ke Google.
Pichai menyertai Google pada tahun 2004 dengan mengetuai bahagian pengurusan produk dan inovasi. Pichai telah diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang akan datang Google pada 10 Ogos 2015.Beliau akan melangkah ke kedudukan baru apabila selesai pembentukan Alphabet Inc., konglomerat yang baru bagi keluarga syarikat Google.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sundar Pichai |